Betul Ke Anak Lelaki Yang Rapat Dengan Ibunya Akan Pandai Jaga Isterinya Kelak? Jom Baca!

Sering juga kita terdengar, anak lelaki yang hormat pada ibunya akan pandai menjaga isterinya kelak. Lelaki yang memiliki adik-beradik perempuan yang lebih ramai, pasti akan tahu menjaga hati bakal isterinya nanti.

Jadi, bagaimana pada lelaki yang langsung tidak memiliki adik-beradik perempuan?

Atau bagaimana dengan lelaki yang tidak menerima kasih sayang dari ibu sejak kecil lagi?

Adakah mereka ini tidak pandai menjaga isterinya kelak?

Semuanya adalah bermula dengan didikan keluarga dari rumah. Jika suasana rumah yang tidak menghormati antara satu sama lain, tidak hairan sekiranya seorang lelaki memang tidak pandai menjaga isterinya kelak.

Jika adik-beradik saling memaki, berkata-kata kasar, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya sudah tentu menjurus anak lelaki menjadi pemberontak.

Namun sedemikian, anak lelaki yang rapat dengan ibu nya lebih pandai menjaga isterinya berkemungkinan;

1. Lebih memahami jiwa wanita.

Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibunya berkemungkinan dapat memahami perasaan dan jiwa wanita. Kasih sayang yang disalurkan oleh ibu kepada anak-anak lelaki menyebabkan lelaki lebih tahu untuk bermain dengan emosi. Jadi, ia sedikit sebanyak mengajar anak lelaki untuk memahami perasaan wanita dengan lebih baik.

2. Tahu apa yang perlu dilakukan ketika wanita merajuk.

Lelaki yang rapat dan hormati ibunya juga mampu untuk memujuk wanita ketika mereka sedang bersedih, marah atau merajuk. Lelaki ini lebih pandai untuk menyentuh hati wanita dengan kata-katanya yang sangat berbunga dan romantis. Lelaki ini sering juga dianggap sweet talker atau melemparkan kata-kata manis. Namun, hanya untuk kekasih hatinya sahaja.

Lelaki ini tidak sanggup melihat bakal isterinya terkilan atau kecil hati, kerana mereka tahu dan pernah melihat ketika membuat ibunya terkilan.

3. Mendapat didikan yang lebih baik dari ibu.

Ketika seorang bapa sibuk mencari rezeki diluar, pasti seorang ibu yang bergelar suri rumah yang mampu mendidik anak-anak mereka berseorangan. Mungkin didikan dari seorang ibu tentang menjaga hati para wanita apabila berkenalan dengan mereka membuatkan para lelaki berhati-hati dengan tingkah lakunya.

Didikan ibu yang lebih mendalam ini, tidak sama dengan didikan bapa yang lebih praktikal. Seorang bapa kadang-kala tidak tahu untuk mendidik anak dari segi emosi, oleh sebab itu bidang ini hanya para ibu sahaja yang mampu mendidik.

AKAN TETAPI…

Ada juga sebahagian lelaki yang mampu menjaga isterinya kerana melihat cara bapanya melayan ibunya. Baik layanan bapa kepada ibunya, baik juga layanan lelaki tersebut pada isterinya kelak.

Lelaki ini banyak melihat cara bapanya yang sentiasa menolong ibunya memasak, membasuh pinggan, sidai baju di ampaian, menyapu sampah diluar rumah dan sebagainya.

Hanya dengan melihat situasi ini sahaja mampu untuk mendidik anak-anak lelaki menjadi seorang suami atau pemimpin keluarga yang berwibawa. Atau mungkin bapanya sentiasa menasihati bahawa, kaum wanita perlu sentiasa dilindung dan dijaga. Oleh itu, ia juga sebenarnya perlu didikan daripada seorang bapa juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen