Umur Semakin Meningkat, Kedutan Bertambah? Ini Tips Kurangkan Kedutan Pada Wajah Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur semakin meningkat, garis kedutan akan semakin kelihatan dan juga jelas. Terutama jika anda sudah mencecah umur 25 tahun ke atas, maka penjagaan diri yang sangat betul dan sihat ini sememangnya perlu diutamakan.

Buat wanita, wajah adalah salah satu asset yang penting dan perlu dijaga dengan baik. Kemunculan kedutan di wajah pula dianggap sebagai satu masalah besar yang boleh membuatkan emosi terganggu. Terutama buat mereka yang mementingkan penampilan dalam kerjayanya.



Apa yang perlu anda lakukan untuk merawat kedutan pada wajah anda?

1. Amalkan asas penjagaan kulit

Untuk menjaga kulit agar sentiasa kelihatan muda, mulakan dengan perkara asas seperti:

i. Elakkan pancaran sinaran UV matahari.

ii. Sentiasa memakai produk pelindung matahari.

iii. Memilih untuk memakai pakaian yang dapat melindungi diri dari sinaran matahari seperti baju lengan panjang dan seluar panjang.

iv. Hindari dari merokok.

v. Sentiasa menggunakan pelembap.

2. Posisi tidur

Sesetengah posisi tidur, cenderung membuatkan munculnya ‘garisan tidur’ – kedutan yang terukit di lapisan kulit dan tidak hilang sebaik anda bangun. Tidur secara mengiring boleh membuatkan munculnya kedutan di bahagian pipi dan dagu.

                            

3. Salmon

Salmon serta beberapa jenis ikan air sejuk yang lain, adalah sumber protein hebat yang baik untuk kulit. Salmon juga mempunyai banyak asid lemak omega-3 yang dapat menyuburkan kulit, menjadikan kulit lebih gebu dan muda.


4. Berkerut

Ekspersi wajah seperti berkerut, mengecilkan mata yang dilakukan berulang kali boleh membuatkan otot di wajah banyak bergerak dan menghasilkan garisanhalus di permukaan kulit, yang akhirnya akan menjadi kedutan.

Oleh itu, jaga pergerakan mata sebaiknya. Pakai cermin mata jika anda memerlukannya. Jika perlu, pakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit sekeliling mata dari kerosakan matahari.

5. Asid Alpha-Hydroxy (AHA)

Merupakan sejenis asid semula jadi yang dapat menyingkirkan sel kulit mati, membantu memudarkan pori, garis halus, dan kedutan di permukaan kulit, terutama sekitar mata. Produk yang mengandungi AHA yang lebih kuat dapat membantu meningkatkan penghasilkan kologen kulit.

                           

6. Mencuci wajah

Air paip akan menyingkirkan kelembapan kulit dan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada kedut. Mencuci wajah terlalu kerap bermakna anda menghilangkan perlindungannya. Pastikan anda menggunakan pencuci wajah yang mengandungi pelembap, atau pencuci wajah jenis gel dan krim.

7. Vitamin C

Kajian menunjukkan krim yang mengandungi vitamin C dapat membantu meningkatkan jumlah kolagen yang dihasilkan kulit. Vitamin C berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UVA dan UVB, membantu mengurangkan kemerahan, bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.

                           

8. Coklat panas

Tukarkan kopi dengan coklat. Ia merupakan satu minuman enak yang dapat mengurangkan kedut di wajah. Kajian menunjukkan koko dengan 2 antioksidan tinggi (epicatechin dan catechin) dapat melindungi kulit daripada kerosakan matahari, meningkatkan aliran darah ke sel kulit, mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih lembut.

Mulai sekarang, bolehlah anda tukar rutian harian anda. Semoga ia membantu mengurangkan garis penuaan pada wajah anda. 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen