Hanis Zalikha Berkongsi Buah Kiwi Adalah Antara Amalan Diet Yang Sihat Untuk Keluarganya.

Tidak ramai dikalangan orang kita yang rajin mengamalkan buah kiwi sebagai snack pemakanan sihat. Ini mungkin disebabkan harganya yang sedikit mahal berbanding dengan buah-buahan tempatan yang lain. Jadi, ramai yang mengambil keputusan untuk mengamalkan makan buah pisang atau epal sebagai diet pemakanan mereka.

Kalau nak sihat, jangan terlalu membandingkan harga. Cuba untuk menikmati kepelbagaian dalam makanan, supaya dapat menarik perhatian anda untuk menikmati hidangan. Hanis Zalikha seorang selebriti, yang memiliki keluarga kecil dan sedang menunggu cahaya mata yang kedua telah berkongsi buah kiwi adalah salah satu makanan sihat yang dia amalkan, di laman Instagramnya…

********

haniszalikha

Morning!!! Keknis cuba amalkan healthy food untuk my little family. Salah satu yang selaluuu Keknis beli is Kiwifruit! Kadang-kadang, susah nak prepare healthy meals. Lagi-lagi, kalau tengah busy.

So I was very excited bila dapat Zespri Kiwifruits, sekali dgn On-the-Go portable blender!

Just one Zespri Kiwifruit has 100% of your daily Vitamin C needs, and they’re high in fiber and antioxidants. Senang nak makan, lagi senang kalau nak dijadikan smoothie dengan blender On-The-Go.

********

Buah kiwi memang banyak manfaat pada tubuh badan kita. Buah kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi berbanding buah oren sebenarnya. Walaupun saiz buah kiwi kecil namun ia terkandung dengan nutrisi kesihatan! Kuasa Vitamin C membantu menguatkan imunisasi sistem tubuh badan dan mengurangkan rasa lesu kepenatan.

Antara manfaat yang kita dapat dengan mengamalkan buah kiwi ini adalah…

1. Mencegah rambut gugur.

Buah kiwi kaya vitamin C yang merupakan antioksidan sangat kuat. Vitamin ini memiliki bahan penting dalam pembentukan kolagen yang mencegah rambut bercabang. Manfaatkan buah buah kiwi mampu mencegah masalah rambut gugur yang sering kali mengganggu ramai orang, terutamanya para wanita.

2. Mendorong pertumbuhan rambut.

Berkat vitamin C, manfaat buah kiwi mampu merangsang pertumbuhan rambut dengan mengekalkan peredaran mikro yang membekalkan darah ke folikel rambut. Kiwi juga kaya dengan vitamin E yang akan meningkatkan pertumbuhan rambut berkat keupayaannya untuk memperbaiki sistem imun badan yang menyokong peredaran yang sihat dan menguatkan pengambilan oksigen.

3. Mengatasi masalah rambut.

Ekstrak kiwi dan minyak kiwi kaya dengan beberapa jenis vitamin dan nutrien yang dapat membantu mengekalkan kulit yang sihat. Penggunaan kedua-dua ekstrak kiwi topikal boleh merawat masalah kulit seperti kelemumur, rambut kering dan kasar. Akibatnya, rambut anda akan lebih sihat, lebih lembut dan lebih cantik.

4. Membantu pencernaan anda dengan enzim.

Kiwi mengandung actinidain, enzim pelarut protein yang boleh membantu mencerna makanan seperti papain dalam betik atau bromelain dalam nanas.

5. Membantu mengatur tekanan darah.

Manfaat buah kiwi dapat membantu menjaga elektrolit seimbang dengan melawan efek natrium, kerana buah-buahan ini mengandung kalium yang banyak.

6. Melindungi dari kerosakan DNA.

Menurut kajian gabungan unik antioksidan dalam buah kiwi membantu melindungi DNA sel dari kerosakan oksidatif. Sesetengah pakar menunjukkan bahawa manfaat buah kiwi ini dapat membantu mencegah kanser.

7. Meningkatkan imuniti.

Kandungan vitamin C yang tinggi dari buah kiwi bersama dengan sebatian antioksidan lain telah ditunjukkan untuk meningkatkan sistem imun.

8. Membantu menurunkan berat badan.

Indeks glisemik rendah dalam kiwi dan kandungan serat tinggi bermakna ia tidak akan mencipta rangsangan insulin yang kuat seperti buah-buahan lain dengan kandungan gula yang tinggi - jadi badan tidak akan bertindak balas dengan menyimpan lemak.

Semoga Bermanfaat Dan Jom Amalkan Kehidupan Yang Sihat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen