"Hanya Gaji RM1500 Tak Perlu Berkereta" - Harith Faisal.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja tak seronok naik kereta baru, lagi-lagi baru bukak plastik dan edisi yang terbaru. Itu belum orang puji cakap kereta kita ini cantik lah, pandai pilih kereta lah dan pelbagai lagi. Mau tak rasa kembang sahaja diri itu. Tapi itu luaran yang orang lihat, dalamannya anda sendiri yang merasai peritnya.

Lihat orang lain pakai kereta baru, kita pun rasa tak tahan nak kereta baru jugak. Sedangkan gaji yang kita ada itu hanya cukup untuk makan, bayar sewa rumah, bayar minyak motor, dan beri pada ibu ayah sahaja. Nak bayar ansuaran bulanan, nak bayar kos parking kereta atau nak bayar maintenance sememangnya tak cukup jika hanya gaji RM1500 ini.



Sebab itulah menurut saudara Harith Faisal dalam perkongsiannya, gaji bersih bawah RM1500 tak payah guna kereta. Adalah lebih baik jika hanya menunggang motosikal sahaja.

Cuba lakukan sedikit kira-kira agar anda tahu sama ada gaji yang anda miliki itu cukup atau tidak.

Contoh anggaran:

RM250: Sewa Bilik
RM100: Bil Telefon
RM50: Petrol Motor
RM400: Makan Minum
RM200: Keperluan Lain
RM150: Parent
RM50: Hiburan
Jumlah = RM 1200


Tanpa kos kereta, total belanja sebulan kau adalah RM1200. Boleh simpan 20% daripada gaji bersih kau iaitu RM300.

RM300 tu kalau kau simpan setiap bulan selama 12 bulan, dapat RM3600. Tak banyak pun kan. Ke kau dah rasa banyak.

Cuba kau bayangkan kau pakai kereta dengan gaji tu. Tak kisahlah kereta baru atau second hand, tetap ada kos tambahan.

Maka, simpanan RM300 mesti takkan pernah wujud. Silap-silap duit parent RM150 tu pun kau tak mampu nak hulur.
Kalau kau rasa kereta adalah keperluan yang mendesak, maka kau kenalah desak diri kau untuk tambah side income dulu.

Bila income dah selesa barulah kau pakai kereta. Buat kira-kira. Fikir secara rasional. Tak payah nak ikut-ikut orang.

"Ala bang, saya nak beli Axia je."

Axia pun nak berjalan kena pakai petrol sebagai bahan api dik oi. Ke Axia yang kau nak beli tu guna air paip dah boleh jalan.

Fikir dahulu sebelum anda membuat keputusan, takut nanti anda yang rasa peritnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen