“Saat Melihat Wanita Dinikahi Menjadi Seorang Ibu, Membuat Suami Jadi Bertambah Sayang…” Nukilan Seorang Lelaki.

Menjadi seorang lelaki sering dianggap kasar, kuat, bertenaga, tidak mudah cengeng, dan memiliki ego yang tinggi. Namun, hanya wanita yang benar-benar dicintainya sahaja mampu membuka matanya untuk melihat dengan penuh kasih sayang. Tak kira apa jua sekalipun, setiap sisi pada wanita itu, semuanya kelihatan indah lebih-lebih lagi ketika saat menikah wanita tersebut.

Malahan, hati akan bertambah sayang dan cinta melihat wanita tersebut menjadi seorang ibu untuk anak-anaknya. Itu yang para lelaki seakan lupa perasaannya ketika menikahi wanita yang dicintainya. Tabor segala kata-kata manis semata-mata untuk menikahi kekasih hati, akan tetapi oleh kerana mahu pertahankan ego, sanggup tidak mempedulikan emosi isteri.

Sebab itu sebenarnya dalam perkahwinan perlu ada Give & Take antara suami dan isteri. Malah perlu saling melengkapi dikala ketidaksempurnaan.

Saudara Najmi Nawawi telah berkongsi nukilan hatinya berkenaan dengan hal ini, jom ikuti perkongsiannya…

********

Aku yakin perkara ini sangat dipersetujui oleh ramai para suami di luar sana. Seorang wanita yang anda nikahi bertukar menjadi ibu kepada anak-anak anda. Jauh di sudut hati terbit satu perasaan cinta (unconditional love) membuak-buak terhadap pasangan.

Itulah wanita yang sudi tinggalkan kehidupan zaman remajanya untuk bersama anda. Itulah wanita yang tinggalkan kawan-kawannya untuk mengikuti anda. Itulah wanita yang sudi berkongsi segala-galanya dengan anda.

Kini wanita itu sudah menjadi ibu kepada anak-anak anda. Setelah merelakan diri untuk menghadapi keperitan di dalam dewan bersalin (berkali-kali), hari ini wanita itu terus menerus memberi masa dan tenaga untuk bantu membesarkan anak-anak anda.

Cuba letakkan diri anda wahai suami di tempat isteri dan (cuba kau bayangkan), bayangkan dengan mata hatimu. Lihat dan renunglah kembali apa yang sudah dilalui dengan pasangan sejak dulu lagi. Kerana masa pasti akan berlalu meninggalkan kita, namun kenangan dan peristiwa yang sudah berlaku itu akan kekal selamanya.

Maka ketahuilah, saat wanita itu menjadi pasangan anda, sebenarnya itulah tanda cinta yang tulus dan agung wanita itu terhadapmu.

Maka hari ini, lihatlah wanita itu dengan penuh kasih sayang dan kasihani mereka. Cuba bantu lengkapkan keperluan mereka sebaik-baiknya. Terutama keperluan emosi wanita yang sangat rumit, namun sangat mudah jika kita (suami) sudi rendahkan ego kita.

P/s : Berbuat baiklah kepada pasangan, insyaAllah rezeki dari-Nya akan datang mencurah-curah. Kadang-kadang dari tempat yang kau tidak pernah jangka pun.

********

Pasangan Suami Isteri Harus Menghargai Antara Satu Sama Lain!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen