10 Program Diet Yang Perlu Bakal Ratu Sehari Elakkan.

Oleh: Rafi

Menurut John Bock, ahli nutrisi dan ahli diet di Pusat Terapi Gizi Terpadu di Southern New JerseyZ, “Semua orang berusaha mencari jalan yang paling mudah untuk program diet. Masalahnya, tidak ada makanan yang betul-betul berhasil dan tidak ada diet yang sesuai untuk perubahan gaya hidup jangka panjang.” Sebaik-baiknya buat bakal ratu sehari jika ingin menurunkan berat badan, lakukan sejak dari awal bukannya di saat-saat akhir. Namun pastikan anda melakukan program diet yang tepat kerana jika tidak ia akan sia-sia sahaja. Terdapat beberapa program diet yang tidak berhasil dan sewajarnya dielakkan sama sekali.



1. Diet sup kobis.

Kaedah Yang Digunakan:

• Ia diet ekstrim kerana boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kobis selama 7 hari.Dengan menikmati semangkuk sup kobis dengan pilihan makanan rendah kalori ia membantu mengurangkan berat badan sebanyak 4.5kg.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut, kuku dan kulit.

• Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.

2. Diet makanan bayi.

Kaedah yang Digunakan:

• Teori diet ini menggantikan makanan yang biasa diambil kepada ukuran makanan bayi atau pengambilan makanan bayi. Contohnya, makanan yang dikisar, bubur dan snek bayi.

• Melalui pengambilan makanan bayi, ia membantu untuk mengelak makan terlalu banyak sehinggakan anda merasa kenyang, makan dalam jumlah yang kecil.



Mengapa Tidak Berhasil:

• Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa.

• Walaupun cara ini tidak berbahaya pada masa akan datang tetapi kesannyaa boleh mengakibatkan gangguan otot tulang.

3. Diet air.

Kaedah Yang Digunakan:

• Sepanjang hari, anda perlu minum air sebanyak 64 auns untuk memberikan tenaga pada badan. Malah, kita memerlukan 12 kalori pada setiap liter air. Jadi, seseorang yang melakukan diet air akan membakar kalori secara semulajadi.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidak seimbangan elektrolit.

4. Diet coklat susu.

Kaedah Yang Digunakan:

• Diet ini dilakukan dengan cara minum 3 gelas susu coklat sepanjang hari dengan pola pemakanan yang sihat. Gabungan kalsium, vitamin D, protein, karbohidrat dan senaman membantu seseorang tanpa perlu melakukan diet lain. Selain itu, kombinasi protein dan karbohidrat akan membantu metabolisme badan membakar lemak.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam.



5. Diet rendah karbohidrat.

Kaedah Yang Digunakan:

• Tujuan diet ini adalah memaksa badan menggunakan lemak sendiri sebagai sumber tenaga utama. Badan juga tidak banyak mengambil karbohidrat sebaliknya diganti dengan makanan
yang kaya protein.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi wanita hamil,
remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini.

• Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin. Tetapi, ia juga boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual. The American Dietetic Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari karbohidrat.

6. Diet paleo.

Kaedah Yang Digunakan:

• Program ini berdasarkan diet kuno yang mengambil makanan seperti sayuran, kacang-kacangan, buah-buahan dan daging. Anggapan mereka bahawa masyarakat pra sejarah tidak mengalami penyakit ‘moden’ kerana kurang kalori dalam makanan.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Secara umumnya, badan menghadkan pengambilan makanan sehingga kekurangan susu, bijian dan kacang-kacangan yang merupakan sumber nutrisi penting untuk kesihatan badan.

7. Diet 17 hari.

Kaedah Yang Digunakan:

• Diet ini adalah untuk mengubah pola makan setiap 17 hari sebelum badan dapat menerima kebiasaan makanan yang diambil dalam menjaga metabolisme. Dimulakan dengan makanan rendah kalori. Kemudian, berubah kepada 1500 kalori per hari dan tahap ketiga makan sesuka hati pada hujung minggu.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Usah keliru dengan idea dengan tidak makan pada hari biasa, sebaliknya makan apa sahaja pada hujung minggu.

• Malah, tidak ada bukti diet ini mempercepatkan metabolisme badan. Jangan manjakan diri pada hujung minggu dan tidak salah anda mengambil sedikit makanan yang disukai setiap hari asalkan dalam hidangan yang kecil.



8. Diet haleluya.

Kaedah Yang Digunakan:

• Mengambil 85% semua sayuran mentah dan 15% dari makanan yang dimasak. Sayuran yang dimasak dalam bentuk kukus atau rebus. Ada juga yang memasukkan sayuran ke dalam masakan.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Cara ini tidak sesuai bagi anda yang bukan penggemar diet vegetarian. Kebanyakan pesakit hendaklah dipantau oleh pegawai kesihatan kerana ia boleh menjadi anemia. Mengambil sayuran mentah bukan sahaja memberi kesan kepada sistem pencernaan dan tidak ada juga bukti menunjukkan sayuran mentah sangat efektif daripada sayur yang dimasak.

9. Diet mengunyah.

Kaedah Yang Digunakan:

• Diet ini mengesyorkan agar mengunyah makanan sebanyak 80 kali. Kemudian, keluarkan makanan tersebut. Katanya, dengan teori ini badan akan menyerap lebih banyak kalori namun masih dapat menikmati rasa makanan.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Ia boleh dikatakan bulimia, gangguan psikologi dan bentuk kebiasaan makan yang tidak teratur. Mengunyah makanan terlalu lama menyebabkan keengganan untuk menelan makanan. Akibatnya, boleh menyebabkan ketidakseimbangan nutrisi kerana tidak ada penyerapan makanan yang diperlukan.

10. DIET HCG.

Kaedah Yang Digunakan:

• Diet ini dilakukan secara intensif selama 40 hari dengan mengambil makanan mengandung 500 kalori yang terdiri daripada sayuran, buah-buahan dan dua kali makan bersama suntikan HCG.

• Teori ini menyebabkan seseorang mengalami rasa mual yang dapat membuatkan seseorang tiada selera makan.

Mengapa Tidak Berhasil:

• Ini adalah teori diet yang mengarut untuk menurunkan berat badan. Diet 500 kalori dianggap tidak elok kerana sangat rendah kalori dan tidak akan memenuhi keperluan badan.

• Malah, tidak ada bukti yang menunjukkan suntikan hormon ini akan membantu menurunkan berat badan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen