Resipi Pancake Simple Dan Sedap Diana Amir Yang Pasti Membuka Selera Tersayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Air tangan seorang ibu sememangnya menyelerakan. Walaupun hidangan yang dilakukan itu serba ringkas pasti ia mampu menaikkan selera yang tersayang. Banyak ibu-ibu yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehingga kadang kala tidak mempunyai masa untuk memasak makanan yang berkhasiat dan menyelerakan.

Namun berbeza buat Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir, 32 yang merupakan seorang pelakon dan pengacara ini, walaupun sentiasa sibuk dengan jadual kerjanya, itu bukan penghalang untuk menyediakan hidangan yang lazat buat yang tersayang.

                        

Setelah 2 bulan berpantang selepas melahirkan anak ketiganya November lalu, kini Diana Amir mula kembali ligat menyediakan hidangan buat anak-anak serta suaminya.



Berdasarkan perkongsian di laman Instagram miliknya baru-baru ini, beliau ada berkongsi gambar berserta resipi pancake yang mudah dan menyelerakan. Hidangan yang cukup ringkas, tapi ia antara menu yang menjadi pilihan setiap paginya. Malah beliau juga berhasrat untuk cuba menu waffle pula nanti.

                          

Bahan-bahan:

i. Tepung gandum 2 cawan

ii. Gula 3-4 tbs

iii. Garam secubit

iv. Baking powder 4tsp

v. Full cream milk 2cups

vi. Full cream sweetened condensed milk 2tbs

vii. Esen vanila 2tsp

viii. Telur 2 biji

ix. Butter 4tbs

Cara membuatnya:

1. Kacau sebati semua bahan kecuali mentega.

2. Letak mentega pada acuan pancake atau kuali dan biarkan ia masak.

Enak dimakan bersama strawberry syrup / nutella / honey / banana / fresh berries.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen