Diana Amir Kongsikan Tips Untuk Kemas Barang Permainan Anak-Anak Dengan Cara Yang Mudah.

Menjadi para ibu bapa, perkara yang sering memeningkan kepala adalah apabila anak-anak mula pandai meminta barang permainan. Kadang-kala mainan yang sudah dimiliki pun, nak beli lagi kerana ingin mengumpul jadi koleksi. Terutamanya seperti permainan dinosaur.

Ramai juga dikalangan ibu bapa sangat mengetahui bahawa bukan anak lelaki sahaja yang gemar mengumpul permainan ini, malah anak perempuan mereka juga suka untuk belajar mengenali semua jenis dinosaur. Namun, apabila terlalu banyak barang permainan di rumah, pasti menjadi ketidakselesaan pada ibu bapa kerana keadaan rumah yang terlalu bersepah dan tidak teratur.

Lagi parah apabila terpijak barang permainan mereka. Memang menjadi ibu bapa ini perlu banyak bersabar!

Diana Amir, seorang pelakon dan pengacara, telah berkongsi tips mudah untuk menyimpan barang permainan anak-anak dengan mudah dan menjimatkan masa di laman instagramnya, ketika memiliki dua orang anak perempuan. Kini Diana amir, sudah dikurniakan anak lelaki pula. Mesti lagi meriah dengan kerenah anak-anaknya.

********

This is the last video i’ve made before I gave birth to Mr. Muhammad Khalid , ya thats his name..

Anak2 kesayangan mummy ni banyak benor mainan dia, alhamdulillah. Nak bagi diorg jadi kreatif, suka berfikir, pandai bersosial, kenalah bg diorg berdua main macam2 jenis mainan.

Yang penatnya mak2 ni la, nak kena kemas lepas diorg berkreatif tu. Diana pun xde maid, semua buat sendiri. Jadi kena fikir camana nak bagi proses kemas balik tu efektif.

Actually, the decluttering starts from before the clutters. Diana akan bahagi2 kan barang2 yg senang bersepah (esp mainan2 kecik mcm puzzles, lego, baju2 and accessories dolls ) dan susun dalam Ziploc®! Anak2 Diana akan ambil mainan drp dalam beg sandwich Ziploc®, yes walaupun namanya beg sandwich, boleh je guna utk organize brg2 lain

Sblm diorg buka beg Ziploc® utk ambil mainan lain, Diana akan minta diorg simpan dulu mainan2 yang diorg dah buka. And it’s actually fun for them! Berebut2 nak kemas , jadi 1 permainan juga utk kemaskan barang masuk dlm Ziploc®

So, sebelum mainan bersepah dan kita terkial2, buang masa nak kemas balik mainan, guna Ziploc® untuk bantu organize dan sebenarnya ajar anak disiplin dalam bermain! #ziploc

********

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu perlulah produktif dan kreatif untuk anak-anak. Jika ibu sendiri pun adalah seorang yang teratur dan pandai mengemas barang-barang, pasti anak-anak akan ikuti jejak langkah anda sebagai ibu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen