Mesej Pelukan Tak Sampai Pada Anak, Itu Punca Anak Makin Keras Dan Melawan. Mari Perbaiki Pelukan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelukan adalah perkara yang akan dilakukan untuk menujukkan kasih sayang diantara satu sama lain terutama buat anak-anak. Selain untuk menunjukkan rasa kasih sayang, pelukan juga memberi maksud untuk melindungi dan membuat sesiapa sahaja yang dipeluk itu rasa tenang serta aman.

Namun begitu, pelukan ini teramat penting dalam tumbesaran anak-anak kita. Hal ini kerana, jika kita tersalah cara untuk memeluk anak-anak mereka tidak akanb dapat merasakan kemesraan yang ingin kita berikan kepada mereka, bahkan ia akan memberikan kesan kepada cara mereka membesar.

Setiap pelukan yang kita berikan adalah mesej yang baik pada anak-anak kita. Berdasarkan perkongsian Dr Taufiq Razif, terdapat beberapa cara pelukan yang mampu membuat anak merasai kasih sayang dari ibu bapanya.


                         



Mungkin cara kita peluk anak selama ni tak betul kot. Tu yang anak makin keras dan melawan!

Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.

Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!

Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.

Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul :

1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.

2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.

3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke.

4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.


5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!

6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.

7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!

P/s : Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang ilmu ni.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen