Suami Yang Baik Adalah Suami Idaman Isteri, Ini Perkara Yang Orang Lelaki Perlu Lakukan.

Alam perkahwinan bukan hanya perlukan sebuah cinta sahaja, tapi ia juga perlukan persediaan daripada kedua-dua belah iaitu bakal suami dan juga isteri. Persediaan yang lebih mencukupi itu akan membantu hubungan perkahwinan lebih mudah untuk dijaga dan diperbaiki kelemahannya.

Sering kali menjadi isu perbincangan mengenai isu tanggungjawab seorang isteri, di mana ia perlu mentaati suaminya dan melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri, namun bagimana pula dengan seorang suami?

Ramai lelaki tidak tahu bagaimana ingin menjadi seorang suami idaman buat isteri-isteri mereka kerana kekurangan peringatan akan tanggungjawab mereka. Menurut Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, terdapat beberapa perkara yang penting perlu dilaksanakan oleh lelaki buat isterinya jika ingin dilabel sebagai suami yang baik.



1. Bersyukur kerana memiliki pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri kamu adalah pasangan terbaik yang tuhan pertemukan denganmu. Sesungguhnya ketentuan tuhan itu bersebab dan apa yang tuhan beri itu adalah yang terbaik.

2. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik buat si dia. Tanpa niat yang diselangi doa, kamu tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Biarpun kamu rasa kamu hebat dan sudah sedaya upaya menjadi suami yang baik, nmaun jika sombong… tuhan tidak akan mengizinkan kebahagian pergi kepada kamu.

3. Setiap hari sebaik pulang dari kerja, biarpun penat dan tertekan dengan kerja senyumlah dan harus bawa semangat yang baru. Tinggalkan segala tekanan dan amarah di luar rumah.

Apabila suami senyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan saat itulah rahmat tuhan akan turun kepada kamu.

4. Telefon dan sekurang-kurangnya kiriman mesej untuk menyatakan anda sayang atau rindu kepada isteri. Isteri kamu pasti seronok dan bahagia apabila tahu bahawa kamu benar-benar menghargainya serta menghormatinya sebagai seorang isteri.

5. Cari masa untuk berbual dengan isteri, bertanya tentang perkhabaran harian mereka termasuk anak-anak.

6. Buatlah lawak, buat isteri dan anak-anak tertawa… hiburkan hati mereka kerana setiap gurauan adalah pengubat hati yanng paling mudah buat isteri bahkan, nabi juga sering bergurau senda dengan isterinya kerana ia dapat mengeratkan hubungan rumah tangga.

7. Tetapkan udang-udang dalam rumah tangga di mana, apabila suami marah, isteri harus senyap dan apabila isteri marah, suami harus senyap. Ini dapat mengelakkan pergaduhan. Beri ruang pada pasangan untuk tenang dahulu sebelum mengemukakan sebarang pengakuan.

8. Sebagai seorang suami, sila patuh kepada ajaran Islam bagi yang beragama Islam. Berusahalah lengkapkan diri dengan pengetahuan agama secukupnya dan taatlah kepada semua perintah tuhan serta elak diri daripada larangan Allah S.W.T.

Dalam masa yang sama, bawa isteri dan anak-anak untuk turut serta dalam perjalanan anda bagi mendapatkan redha Allah. Jika kita tak baiki hubungan kita dengan tuhan, pasti hubungan kita dengan orang lain akan bermasalah.

9. Jadilah penawar hati buat isteri. Ambil berat tentang keperluannya dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. Isteri itu kan ibarat tulang belakang suami dan keluarganya.

10. Biar sesibuk mana kerja kamu, makanlah bersama isteri di rumah sambil ditemani anak-anak. Berbual dan nasihat-menasihati ketika bersama di meja makan. Amalan ini akan mendapat redha tuhan. Jangan pula berbual tentang perkara melalaikan ketika makan.

11. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda dengannya kerana ini adalah sunnah yang bisa mengeratkan hubungan kamuu berdua.

12. Latih gerak batin/naluri hati supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan banyakan berdoa, patuh perintah tuhan dan sentiasa memaafkan isteri. Bersangka baiklah dengannya.


13. Pastikan penampilan kamu terjaga. Cukur kemas janggut dan misai. Pastikan rambut sentiasa pendek, tubuh berbau harum dan kuku tangan dan kaki bersih. Pakailah pakaian yang bersih dan sentiasa nampak elok di mata isteri.

Sementara itu, jaga juga kesihatan demi kebahagian isteri dengan niat mahu menjaganya sehingga akhir hayat.

14. Beri nafkah semampunya kepada isteri, walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan SENDIRI. Ramai suami abaikan nafkah isteri malah kedekut dan selalu berkira. Ini menyebabkan isteri jatuh derita dan rumah tangga terancam.

15. Sila bantu isteri buat kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat ringankan beban isteri dan mampu eratkan silaturahim kekeluargaan juga membahagiakan pasangan. In Shaa Allah.

Apabila lihat kekurangan isteri, jangan cepat melatah tapi cuba untuk berikan didikan dan perbaiki apa yang kurang agar menjadi lebih baik. Jangan selalu fikirkan kekurangan isteri tapi selalu fikirkan apa lebihnya isteri anda itu.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen