“Jadilah Suami Yang Sabar Dengan Kerenah Isteri” Antara Tips Suami Perlu Ikut Untuk Menjadi Seorang Penyabar.

Seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Muzzammil ayat 10:

"Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik."

Sudah ditulis di dalam Al-Qur’an bahawa setiap orang yang mempunayi sifat sabar yang tinggi, layak untuk masuk ke syurga. Apatah lagi bagi lelaki yang telah bergelar seorang suami dimana mempunyai tanggung jawab yang besar perlu bersabar dalam apa jua hal, terutamanya melayani kerenah isteri.

Bukan sahaja ibu bapa dan adik-beradik adalah amanah dari Allah SWT untuk dijaga, isteri juga adalah pasangan yang terbaik untuk suami jaga. Jika satu-satu amanah ini tidak dijaga dengan baik, maka derhakalah seorang suami itu terhadap Allah SWT.

Bagi anak-anak, keredhaan Allah SWT adalah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa…

Bagi seorang isteri, keredhaan Allah SWT adalah terletak taatnya dia pada suami tercinta….

Bagi seorang suami pula, tercelanya dirinya apabila melanggar segala kemungkaran Allah SWT…

OLEH SEBAB ITU, SEORANG SUAMI PERLU BANYAK BERSABAR DENGAN KEKURANGAN ISTERI.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Bersama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya;

"Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku? Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata;

"Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Jika begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?

Umar berkata kepadanya,

"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab, "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.

Umar pun berkata kepadanya: Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika."

SELAIN DARIPADA ITU, SUAMI JUGA PERLULAH;

Membuang sikap amarah jauh-jauh supaya isteri tidak tercedera fizikal dan emosi….

Mencuba untuk selalu memaafkan kesalahan isteri, jangan terlalu berkeras sehingga isteri tawar hati….

Mencuba untuk dikelilingi dengan orang-orang yang sabar sifatnya, supaya terpelihara hati….

Dan yang penting cubalah untuk sedari posisi anda sebagai suami dimana perlu memberi contoh malah teladan yang baik supaya sentiasa disanjungi dan dihormati….


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen