“Dengar Setiap Luahan Isteri Walaupun Sekadar Angguk Sekali Sekala…”

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila isteri jadi suri rumah ini, mereka tidak mempunyai rakan lain selain daripada suaminya jika hendak dibandingkan isteri-isteri yang berkerja. Maka dengan itu, mereka ini selalu ternanti-nanti saat suaminya pulang ke rumah, mana tidaknya ingin berkongsi pelbagai cerita dengan suaminya.

Dari setiap rancangan televisyen hinggalah ke hal anak-anak semuanya mahu dikongsi bersama suaminya, itu adalah cara mereka mahu luahkan kepenatan mereka. Tapi kebanyakan suami hanya akan diam dan kurang memberi respon kepada isterinya. Dan alasan penat, atau nak rehat itu sering kali menjadi alasan untuk mendengar luahan hati isteri.

Isteri ini perlukan seorang pendengar yang baik, jadi suami perlulah menjadi orang yang sudi mendengarnya walaupun anda sekadar mengangguk-angguk sahaja seperti yang dikongsikan oleh Puan Nieza Termizi ini.



Suatu waktu dulu, saya pernah jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Dalam kesibukan hari-hari yang berlalu, waktu yg paling saya nanti-nantikan adalah kepulangan suami ke rumah dari tempat kerja.

Banyak topik yang saya akan bualkan. Dari cerita tentang perkembangan, perangai dan pencapaian anak sepanjang ketiadaannya (anak masih kecil masa tu), berkongsi berita yang saya dengar dan baca dari TV dan internet, bercerita tentang aktiviti seharian, maklumat baru yang dapat dr program TV, sampailah kepada gossip artis Jepun.


Dia hanya sekadar dengar, angguk dan respon sekali-sekala sahaja.


Ya begitulah..

Hakikatnya dalam rumahtangga kita perlu teman berbicara. Biar topik itu remeh sekalipun. Yang penting KOMUNIKASI. Memang benar ada suami yang tak minat nak berbual. Alasannya penat baru balik kerja. Nak berehat, nak tenangkan fikiran, nak tidur, nak main game dan nak 'me time'.

Ketahuilah, isteri yang menghabiskan hampir kebanyakkan masa di rumah ada TERLALU banyak cerita yang mahu dikongsi bersama. Kadangkala bukan kerana ada banyak hal, tetapi kerana seharian tiada teman berbicara. Saya pernah 'duduk' dalam keadaan itu :)

Jangan jadikan kebisuan mengisi ruang dalam rumahtangga kita. Jadilah pendengar yg baik. Isteri cerita kisah anak bukan kerana mahu mengadu anak nakal dan buat perangai. Isteri cerita tentang berita dunia bukan kerana dia nak jadi informer. Isteri sembang pasal artis bukan sebab nak jadi kaki gossip. Tapi, hanya nakkan seseorang pendengar yang dapat mendengarkannya.



Hebatkan Allah ciptakan lelaki dan perempuan.

Seorang suka bercakap.
Seorang lagi suka mendengar.

Tapi kalau salah satunya tak ada kecenderungan ini, mungkin kita perlu perbaiki lagi hubungan kita.

Terima kasih kerana jadi pendengar yang baik.

Apabila suami menjadi pendengar yang baik terhadap isterinya, maka semakin eratlah hubungan yang ada itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen