Antara Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Ibu Bapa Yang Bercerai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penceraian itu bukanlah satu hal yang mudah, di mana anda mula hilang kepercayaan untuk tinggal bersama orang yang anda pernah cintai itu adalah perkara yang sangat sukar untuk dilalui. Namun ia akan menjadi lebih sukar apabila anak-anak yang terpaksa berdepan dengan perpisahan ibu bapa mereka. Hal ini kerana, anak-anak sentiasa dahagakan kasih sayang ibu bapa mereka.

Apabila berlakunya penceraian, kebanyakan anak-anak mula merasakan bahawa dirinya mula kurang perhatian dan kasih sayang. Bagi mereka perhatian dan kasih sayang daripada keluarga yang tidak sempurna itu tidak mencukupi. Jadi sebagai ibu bapa bercerai lah secara baik atau perbaiki hubungan anda selepas bercerai kerana anak-anak anda.

Ini kerana, kesan yang dirasai oleh anak-anak akan dibawa sehingga mereka dewasa, di mana dia mula merasakan ketakutan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa yang bercerai seharusnya berhenti memikirkan diri sendiri dan mengelakkan diri dari melakukan kesilapan di hadapan anak mereka. Berikut merupakan antara kesilapan tersebut.



1. Bergaduh di hadapan anak-anak.

Elakkan untuk bergaduh di hadapan anak-anak anda, terutama jika kalian berada di ruangan yang sama dengan mereka. Hal ini kerana, dalam setiap pertuturan anda itu akan memberi kesan negatif kepada dirinya.

2. Memaksa anak-anak untuk memilih siapa.

Menyuruh anak-anak untuk membuat pilihan sama ada ibu atau bapa adalah perkara yang melukakan hatinya. Perkara ini hanya akan membuat anak anda berasa terluka, serba salah, gelisah dan keliru. Sebagai ibu bapa, anda perlu membuat keputusan untuk mereka sekiranya mereka masih kecil agar mereka tidak berasa terbeban.

3. Gagal untuk mengingatkan mereka bahawa anda selalu berada di sisi mereka.

Walaupun selepas bercerai, anda perlu sentiasa ingatkan mereka bahawa anda tidak akan sesekali meninggalkan mereka. Ini untuk memastikan mereka tidak terbeban dari segi emosi mereka.

4. Memberitahu status anak-anak kepada individu lain.

Perbuatan ini tidak perlu dilakukan semata-mata kerana ingin mendapatkan simpati dan empati individu lain. Jangan bebankan anak anda dengan kenyataan yang memilukan ini sebaliknya sentiasa menyokong dan memastikan mereka hidup sebagai kanak-kanak yang normal.

5. Memburuk-burukkan bekas pasangan anda

Tidak kira perkara itu benar atau tidak, anda tidak boleh sesekali memburuk-burukkan bekas pasangan kerana perbuatan ini hanya akan mendatangkan kekeliruan, kesedihan, rasa tidak selamat dan kurang keyakinan diri kepada anak anda.

6. Mengasingkan anak anda daripada bekas pasangan.

Perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini akan memberikan kebahagiaan sementara sahaja kepada anda. Apabila anak anda sudah dewasa kelak, mereka akan sedar tentang ketidakadilan ini dan akan menyalahkan anda seumur hidupnya. Oleh itu, sentiasa bersikap adil dengan bekas pasangan.

7. Menipu anak anda untuk mendapatkan perhatian dan simpati.

Perbuatan ini merupakan perbuatan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak seharusnya dilakukan oleh anda yang mahukan anak anda hidup bahagia menuju dewasa. Anda seharusnya bersikap jujur terhadap bekas pasangan dan anak untuk mencapai kesepakatan yang lebih baik.

8. Membalas dendam terhadap bekas pasangan.

Perbuatan seperti berpindah kediaman yang jauh daripada bekas pasangan, tidak menjemput bekas pasangan ke apa-apa majlis meraikan anak, tidak melawat anak atau mengabaikan nafkah hanya akan menyebabkan anak anda berasa tersisih dan tidak dihargai sekaligus menanam perasaan benci kepada anda. Oleh itu, sentiasa bekerjasama dengan bekas pasangan demi menjamin masa depan anak yang lebih bahagia.

Kadang kala kita memilih jalan ini kerana merasakan bahawa ia adalah yang terbaik untuk diri kita. Namun begitu, tanpa disedari bahawa ia adalah jalan yang menyakitkan buat anak-anak anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen