Tips Pikat Anak Tiri Agar Menerima Anda Dengan Hati Yang Terbuka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu tidak mengenal siapa, dan apa status pasangan anda. Jadi mungkin ada di antara anda mungkin akan menerima bapa atau ibu tunggal sebagai pasangan hidup. Untuk memikat hati ibu atau bapanya itu tidak susah tapi untuk memikat hati anak-anaknya agar terpikat dengan anda itu yang akan menjadi satu cabaran buat anda.

Bagi anda yang berhadapan masalah ini, anda perlu tahu bahawa seseorang anak sukar untuk menerima orang luar yang bakal menggantikan kedudukan ibu atau bapanya di dalam sebuah keluarga tersebut. Hal ini kerana, mereka ini sentiasa berharap bahawa keluarga mereka ini akan kembali bersama satu hari nanti, itu jika ibu bapa mereka berpisah kerana penceraian.

Jadi bagaimana hendak pikat anak tiri anda? Begini caranya.



1. Tanggapan pertama adalah penting.

Adalah menjadi perkara biasa apabila menilai seseorang melalui pandangan pertama dirinya. hal ini kerana, pandangan pertama itu adalah lebih meyakinkan berbanding pandangan yang lain. Oleh itu, anda perlu mempunyai imej yang baik apabila berhadapan dengan bakal anak tiri anda buat kali pertama. Berikan satu sapaan yang mesra kepada mereka. Jangan persiakan peluang pertama ini, kerana peluang yang kedua tidak akan sama.

Selain itu, ibu bapa tiri juga tidak boleh meletakkan terlalu banyak tekanan pada bahu anak tiri mereka semasa perjumpaan pertama. Jangan jadikan pertemuan pertama terlalu lama kerana kanak-kanak akan rasa kurang selesa dan mereka juga akan menjadi lebih sukar untuk didekati.

2. Sentiasa berikan anak tiri anda ruang.

Menjadi perkara biasa apabila anda mahu lebih cepat erat dan akrab dengan anak tiri anda. Dengan perkara sebegini, lebih mudah anda rasa diterima bahkan tidak merasakan seperti orang asing di dalam rumah tersebut. Namun begitu, jika anda terlalu memaksa anak-anak tiri anda itu untuk menerima anda, ia akan membuatkan mereka mudah berasa rimas dengan anda.

Apa kara anda cuba untuk memberikan mereka ini seding ruang untuk mereka mencari sendiri kebaikan anda, dan juga biarkan mereka sendiri menilai sekiranya anda layak atau tidak untuk menjadi ibu atau bapa tiri buat mereka.

3. Anggap mereka sebagai ahli keluarga.

Jangan sesekali anda menjarakkan diri anda dengan anak-anak tiri anda. kalau boleh layani mereka ini seperti anak kandung anda sendiri. Jangan sesekali membuat mereka ini rasa tersisih dengan kelakuan anda. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda tidak sesuai untuk menjadi pengganti ibu atau bapanya.

Apa kata anda cuba membuat dirinya seperti keluarga anda sendiri bahkan orang yang mempunyai pertalian darah dengan anda. Jika anda tidak boleh melakukannya, mungkin anda boleh menganggapnya sebagai seorang rakan yang karib.

4. Luangkan masa bersama.

Jangan anda terlalu sibuk untuk mengejar ibu atau bapanya sahaja sehingga anda tidak mempunyai masa untuk anak-anaknya. Cuba pikat hati anak-anak tiri anda ini dengan meluangkan masa bersamanya. Sambil-sambil itu bolehlah anda tunjukkan sifat kebapaan atau keibuan anda kepada mereka ini.

Sesibuk mana pun anda, sebagai ibu bapa, anda perlu meluangkan masa berkualiti berdua bersama anak tiri anda. Anda boleh membantu anak membuat kerja sekolah, mengajar mereka membuat kek ataupun berjalan-jalan bersama di taman perumahan anda. Cara-cara ini dapat memberi peluang pada mereka mengenali anda dengan lebih dekat.

Mungkin pada awalnya anda akan berhadapan dengan satu masalah untuk mendekatkan diri dengan mereka, tapi jika sudah jumpa keserasian pasti anda akan lebih senang dengan kehadirannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen