Lelaki Ini Berkongsi, Bahayanya Asap Rokok Pada Anak-Anak Kecil.

Rata-rata masyarakat sudah mengetahui bahayanya asap rokok pada sesama manusia. Namun, ada sahaja segelintir yang tidak mengetahui kesannya. Tidak pasti sama ada memang betul-betul tidak tahu, malas untuk ambil tahu atau tidak didedahkan tentang bahayanya merokok ini. Ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan para orang dewasa, malahan pada anak-anak kecil juga.

Bayi yang baru sahaja mahu melihat dunia, mahu berinteraksi dengan ibu bapa, tidak kenal lagi erti kehidupan, sanggup kah kita membiarkan anak kecil ini diserang penyakit?

Seorang bapa di sosial media iaitu saudara Mohd Fhais, telah nerkongsi berkenaan dengan isu ini…

********

Hati-Hati Jika Bayi Anda Kerap Demam, Batuk atau Selesema.

Ada kemungkinan besar bayi anda adalah "PEROKOK KETIGA" !!

Perokok ketiga ni 3x ganda lebih berbahaya daripada perokok pertama yang membakar dan menghisap rokok.

Kenapa 3x ganda lebih bahaya?

Bayangkan di setiap rokok terkandung bahan kimia bahaya seperti karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid.

Walaupun bahaya tapi bahan-bahan ini masih lagi segar dan selamat untuk di sedut oleh perokok. Perokok sedap menyedut dan selamat melepaskan gian mereka.

Tapi sisa asap yang di hembus keluar pula tidak selamat untuk orang di sekitar. Orang yang menyedut asap ini akan jadi PEROKOK KEDUA.

Ini tak bahaya lagi !

Yang paling bahaya ialah sisa sisa asap rokok yang dah melekat pada baju, kulit, kerusi, meja, lantai, dinding, sofa dan kereta. Sisa ini boleh bertahan berjam-jam selepas perokok beredar.

Sisa ini la jadi 3x ganda lebih bahaya sebab ia adalah sisa toksin yang telah BASI.

Kalau makan nasi basi pun boleh buat sakit perut ya amat inikan pula asap rokok yang dah basi. Asap rokok dengan 4000 bahan kimia berbahaya, basi pula tu, semakin berganda-ganda bahaya dia.

Paling kesian ialah pada bayi sebab demam, batuk dan selesema tu hanya gejala awal.

Jika berterusan boleh jadi serius sehingga jatuh sakit, mati mengejut (SIDS), tumbesaran IQ merosot, lelah (asthma), penyakit paru-paru dan jangkitan saluran pernafasan.

Tak kisahlah 3 meter atau 300 meter pun asap rokok tu tetap berbahaya.

Berhentilah sebelum terlambat. Kalau tak sayang nyawa sendiri sekalipun, kasihanlah kat anak-anak dan orang tersayang yang jadi mangsa.

Rokok boleh di jual beli tapi nyawa tak boleh di tukar ganti.

p/s : Tolong sampaikan pesanan ini pada orang lain juga ye sebab rupanya masih ramai lagi yang tak sedar bahaya asap rokok ni

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen