5 Aktiviti Bermanfaat Untuk Mereka Yang Masih Single.

Setiap tahun, semakin meningkat usia kita. Setiap tahun juga kita menghitung hari untuk menghadapi segala cabaran, dugaan dan ujian yang telah ditentukan oleh Ilahi.

Setiap peningkatan usia kita, adakah matlamat dan gaya hidup berubah selari dengan usia?

Adakah setiap pengalaman, kita jadikan ia sebagai pengajaran?

Adakah kita belajar sesuatu daripada kesilapan?

Adakah kita menjadi individu yang lebih baik daripada tahun sebelumnya?

Semua itu perlu dititikberatkan, kerana kita hanyalah manusia biasa yang hidup di bumi yang sementara. Setiap amanah yang diberi oleh Allah SWT, adalah sementara sahaja dan bila masa-masa akan ditarik kembali oleh-Nya.

Lakukan aktiviti yang bermanfaat supaya dapat beri kebaikan pada diri sendiri, malah pada orang sekeliling seperti:

1. Belajar pelbagai bahasa.

Tidak rugi sekiranya anda mengambil kursus untuk belajar pelbagai bahasa. Malah anda dianggap sebagai individu yang unik kerana mampu berkomunikasi dengan bahasa asing. Bagi mereka yang masih mencari kerja, ia adalah satu bonus sekiranya anda mempunyai kemahiran berbahasa asing.

Mungkin anda boleh beri keutamaan pada 2 bahasa ini terdahulu iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Atau sekiranya anda masih tidak berkeyakinan berbahasa inggeris, belajar dahulu bahasa ini dan mencari rakan sebaya untuk bertutur dengan yakin. Tak ada la kena kecam nanti.

2. Tambahkan kemahiran diri.

Selain mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, anda juga boleh pelajari pelbagai kemahiran tambahan seperti memasak, menjahit, bertukang, dan membuat kraf tangan. Dengan skill atau kemahiran tambahan ini, anda pasti dapat membuat duit sampingan. Pada masa kini, individu yang memiliki dua kerja boleh dianggap mampu untuk hidup selesa dan tenang.

3. Belajar berenang.

Aktiviti ini juga amat digalakkan. Jika kita lihat ramai sahaja dari golongan selebriti yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar berenang sejak dari kecil lagi. Ini kerana berenang banyak memberi manfaat bagi setiap individu, ia bukan sahaja sukan yang menyeronokkan, malah untuk kesihatan tubuh badan juga.

4. Mencari duit sampingan.

Seperti point nombor 2 tadi, anda boleh mendapat duit sampingan sekiranya anda mempunyai pelbagai kemahiran. Tidak rugi sekiranya anda mempunyai banyak kemahiran, kerana ia untuk meningkatkan jati diri. Ibu bapa anda juga pasti berbangga sekiranya anda mampu berdikari, malah dapat memberi duit belanja juga.

Duit sampingan pada zaman sekarang, ramai diantara kita lakukan di rumah sahaja. Jadi, tidak perlu lagi mencari rezeki di luar rumah kan? Sudah tentu selamat!

5. Belajar ilmu kewangan, kekeluargaan dan keagamaan.

Dan yang paling penting adalah, tekankan 3 ilmu ini sekiranya anda mahu persiapkan diri ke alam perkahwinan. Kebanyakan perceraian yang berlaku adalah disebabkan kekurangan ilmu kewangan, kekeluargaan dan keagamaan. Semuanya bersangkut paut. Jangan malas mencari ilmu kerana anda pasti akan rugi!

Selamat Mencuba Dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen