Antara Manfaat Yang Anda Dapat Sekiranya Bekerja Sambil Belajar, Sementara Belum Bertemu Jodoh.

Daripada anda sering buntu tentang jodoh, masih lagi belum bertemu jodoh, jodoh sesat atau jodoh masih di tadika, lebih baik anda cuba pertingkatkan jati diri ketika di usia muda ini. Selagi ada tenaga dan kudrat untuk membantu ibu bapa, membalas jasa mereka, carilah rezeki di merata dunia.

Malah, kejar lah ilmu Allah di muka bumi ini.

Jangan berasa tenat dan lelah ketika mencari ilmu dan rezeki secara serentak, kerana ibu bapa tidak pernah merungut membesarkan kita. Tidak pernah berkira untuk memberi wang kepada kita, walaupun di rumah hanya makan nasi, telur dan kicap sahaja.

Bekerja sambil belajar banyak memberi manfaat kepada diri kita sendiri kerana:

1. Dapat belajar sesuatu perkara yang baru.

Dalam bidang pekerjaan seseorang pelajar itu akan berhadapan dengan praktikal atau situasi sebenar, tidak seperti dalam kelas yang hanya ada teori.

Pengalaman dan pengetahuan itu sangat penting dalam menangani kehidupan di masa akan datang. Apatah lagi jika seseorang pelajar itu bekerja di bidang yang memerlukannya berhadapan dengan pelanggan, sudah tentu dia dapat memahirkan dirinya dengan cara berkomunikasi yang lebih baik.

Dan golongan inilah yang akan memenuhi syarat kelayakan bidang kerja yang mahukan pengalaman, dan kebolehan berinteraksi dengan cemerlang. Kadang-kadang kelebihan ini tidak ada pada pelajar fresh graduate.

2. Tahu Potensi Diri Lebih Awal.

Sebelum menamatkan pengajian, sekurang-kurangnya pelajar yang bekerja sudah tahu akan potensi dirinya. Ini membuatkannya lebih bersedia untuk menghadapi bidang kerjaya apabila sudah tamat belajar kelak. Bahkan lebih arif untuk mencari cabang kerjayanya sendiri.

Pelajar yang belajar selok-belok bidang pekerjaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat cita-citanya dengan lebih awal. Ini membuatkan pelajar itu lebih memahami dunia pekerjaan iaitu kesusahan mendapatkan wang berbanding sebagai seorang pelajar biasa yang hanya menjadi penerima wang sahaja.

Disebabkan itulah golongan pelajar yang bekerja dilihat lebih matang berbanding pelajar yang hanya belajar teori semata-mata.

3. Membantu Kewangan Pelajar.

Apabila bekerja, seseorang pelajar dapat mengeluarkan diri mereka daripada desakan wang. Ini kerana mereka sudah mempunyai pendapatan sendiri walaupun ianya hanya cukup-cukup untuk membayar yuran pendidikan.

Ini juga mendorong seseorang pelajar itu menguruskan wang dengan lebih efektif, dan membezakan antara membeli barang-barang kehendak atau mengutamakan keperluan pendidikan. Perkara yang lebih membanggakan apabia ianya adalah hasil titik peluh pelajar itu sendiri.

“Rasulullah SAW pernah ditanya, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda menjawab, pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua perjualbelian yang dianggap baik.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi]

4. Mengisi Masa Terluang.

Para pelajar boleh menggunakan waktu untuk bekerja pada hari minggu, cuti umum, atau semester mahupun hari-hari yang tidak terdapat kuliah. Daripada terdedah dengan perkara yang membuang masa, bekerja sambilan boleh mendidik pelajar menghargai masa.

Jika seseorang pelajar itu sudah bijak mempraktikkan pengurusan masa yang baik di usia muda, pelajar tersebut akan menjadi insan cemerlang yang serba-boleh. Bekerja sambil belajar adalah satu keadaan yang terbukti positif bagi membentuk insan yang bertanggungjawab dari awal usia muda.

5. Menyemai Sikap Berdikari.

Dengan bekerja sambil belajar akan mendidik seseorang itu untuk lebih berdikari, iaitu dalam mendapatkan pendapatan sendiri tanpa mengharapkan wang dari ibu-bapa, adik beradik dan pihak-pihak lain.

Sikap berdikari inilah yang menambah nilai tanggungjawab terhadap diri seseorang dalam kehidupannya walaupun masih bergelar pelajar. Nilai upah dari bekerja sampingan tersebut bukanlah faktor utama, kerana yang penting adalah usaha untuk menambah pendapatan untuk diri sendiri.

Secara kesimpulan, Islam sebenarnya sentiasa menggalakkan umatnya berusaha dalam apa jua keadaan. Termasuklah ketika bergelar pelajar, bukanlah satu alasan untuk tidak melakukan apa-apa bagi menyara diri sendiri dan pengajian.

Sebenarnya, ini semua bukanlah halangan yang tidak dapat diselesaikan. Pelajar haruslah pandai membahagikan masa mengikut keutamaan dan komitmen. Pilihlah pekerjaan yang bersesuaian dengan peranan sebagai pelajar, jangan terlalu taksub untuk mendapat upah atau gaji sehingga pelajaran pula diabaikan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen