Mengapa Ubat Selsema Dan Ubat Gatal Guna Satu Ubat Yang Sama?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang merungut apabila doktor memberikan mereka satu ubat yang sama selepas mereka ini didapati menghidap selesema ataupun gatal-gatal. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa doktor tersebut melakukan pemeriksaan secara sambil lewa. Sebenarnya tidak!

Rupanya banyak yang tidak tahu bahawa terdapat ubat selsema boleh juga merawat kegatalan. Ia dikatakan mempunyai tiga kegunaan dalam satu jenis ubat tersebut. Ubat sebegini membantu merawat penyakit seperti batuk, selesema mahupun kegatalan. Mari fahami dengan lebih jelas berdasarkan perkongsian daripada Dr. Latif Saad yang juga merupakan penulis blog TheDiagnosa.



Ada kawan tanya kenapa doktor selalunya bagi ubat selesema dan ubat gatal guna satu ubat yang sama.
Malah ada juga doktor yang bagi satu ubat untuk 3 kegunaan iaitu sebagai ubat batuk boleh. Ubat selesema boleh. Ubat gatal pun boleh.

Contoh ubat 3 dalam 1:

                                                         

Cuba tengok gambar di ini. Ini adalah ubat bernama Diphenhydramine. Terdapat pelbagai jenama lain yang menjual jenis ubat yang sama. Ini adalah ubat yang selalunya kita berikan kepada mereka yang mengalami batuk terutamanya ubat yang dalam bentuk cecair. Ubat ini juga boleh mengurangkan selesema dan juga boleh kurangkan gatal. Seperti yang saya cakap boleh guna untuk 3 masalah yang berbeza.

Moh kita nak cerita sebabnya.

MACAM MANA UBAT INI BERTINDAK UNTUK SELESEMA?

Sebab ubat ini adalah jenis ubat anti-histamin. Ketika mana seseorang itu mengalami selesema, histamin ini akan banyak dihasilkan oleh sebahagian sel di dalam hidung menyebabkan saluran darah mengembang dan bendalir lebih banyak keluar kedalam saluran hidung. Jadi, bila banyak bendalir keluar, selesema pun terjadi.

Oleh itu, jika nak kurangkan simptomnya kena guna ubat yang boleh melawan fungsi histamin itu iaitu dengan ubat anti-histamin yang kita kata tadi lah.

                     

MACAM MANA UBAT INI BERTINDAK UNTUK GATAL?

Bab Gatal pula. Gatal ini boleh jadi disebabkan gatal sebab alahan, ada ruam, bekas luka yang sedang pulih dan beberapa sebab lagi. Perlu diketahui bahawa histamin juga dihasilkan apabila seseorang itu mengalami alahan(alergi) ataupun bekas tempat yang mengalami keradangan(iaitu luka yang sedang pulih). Jadi nak kurangkan gatal kena kurangkan fungsi histamin. Caranya adalah dengan memberi ubat histamin

Jadi Selesema dan gatal ni boleh dikatakan berkait rapat dengan kompaun histamin. Kalau nak kurangkan simptomnya kena bagi ubat anti-histamin. TAPI BERLAINAN BAGI BATUK. IA BUKAN DISEBABKAN HISTAMINE. Tetapi lebih disebabkan refleks untuk membersihkan saluran udara daripada benda asing seperti kuman, habuk dan apa-apa benda asing.


                   

MACAM MANA UBAT INI BERTINDAK UNTUK BATUK?

Jadi kenapa pulak ia boleh merawat batuk pula. Ada 2 sebab:

1. Dalam ubat batuk jenis sirap selalunya ia mempunyai bahan lain seperti glycerin. Glycerine ini dikatakan dapat membuatkan tekak rasa selesa dan tidak gatal. Buat masa sekarang ni tiada kajian yang benar-benar boleh diterima pakai untuk menyokong perkara ini.

2. Ubat Diphenhydramine ini adalah ubat anti-histamin generasi pertama. Dalam ubat jenis ini ia boleh merentas masuk otak dan menyebabkan kesan mengantuk serta mengurangkan fungsi pusat batuk di otak. Oleh itu, ia menyebabkan pesakit kurang batuk.

Sebab itulah ubat seperti ini tidak boleh diberi pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak tidur hingga mana boleh menyebabkan pernafasannya terganggu atau terhenti.

Oleh itu, jangan hairan kalau doktor bagi satu ubat untuk 2 atau 3 masalah.

***NASIHAT***

Pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor ataupun farmasi jika ingin menggunakan ubat ini terlebih dahulu terutamanya jika ubat ini digunakan untuk pelbagai kegunaan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen