Mengapa Anda Lebih Memilih Untuk Berbelanja Secara Online Walaupun Tahu Risikonya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Membeli barang secara online kini begitu mendapat sambutan hebat di mana-mana sahaja. Bahkan orang menggunakan perkhidmatan setiap saat. Walaupun banyak kes-kes penipuan yang melibatkan penjualan barang secara online tapi ia masih lagi diterima oleh orang ramai.

Apa yang menariknya, kini segala barangan mampu dijual secara online dari barang yang sekecil-kecil hinggalah barangan sebesar almari. Boleh dikatakan semua barang tersedia di dalam perkhidmatan ini.

Meskipun berbelanja secara online memiliki beberapa kelemahan, tetapi manfaatnya jauh lebih besar dirasakan oleh banyak orang.



Berikut adalah sebab mengapa anda lebih memilih untuk berbelanja secara online.

                                   

1. Lebih mudah mencari barang yang pelbagai.

Apabila anda ingin membeli barang biasanya anda akan melihat dahulu beberapa jenis barang tersebut. Hal ini kerana, anda ingin membuat perbandingan terlebih dahulu seperti reka bentuk, harga, jenama dan lain-lain lagi.

Jika hanya miliki satu barangan sahaja, ia akan menyukarkan anda untuk melakukan perbandingan tapi ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan ini. Dengan hanya satu click sahaja anda dapat membuat perbandingan setiap barang tersebut.

Jadi, kaedah ini sememangnya jauh lebih berkesan daripada membeli barang secara langsung.

2. Harga jauh lebih murah.

Penjual atas talian ini selalunya akan menawarkan harga yang lebih murah kepada pembelinya kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai dan hanya memerlukan kurang tenaga kerja. Dengan penjimatan perbelanjaan ini, ia akan membuatkan anda mempunyai lebihan wang sekaligus akan membuat anda menyimpan baki wang tersebut.

3. Lebih mudah mencari apa yang anda mahu.

Sekiranya anda ingin mencari barangan di kedai atas talian ini, biasanya anda akan diberikan kemudahan untuk menaip kata kunci di laman web. Kaedah ini membolehkan anda mencari item yang dikehendaki dengan lebih mudah. Jika hendak dibandingkan anda perlu meminta pekerja kedai semasa membeli barang secara langsung.


4. Menjimatkan masa sekaligus wang anda.

Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda dapat menjimatkan penggunaan wang ke atas petrol anda bahkan anda juga tidak perlu membazir masa untuk pergi satu kedai ke kedai yang lain untuk miliki barangan yang anda mahukan.

Kemudahan-kemudahan seperti inilah yang meyebabkan ramai orang lebih memilih untuk membeli secara online jika hendak dibandingkan pembelian di kedai secara langsung.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen