Anak Ketika Diusia Remaja Memang Sukar Untuk Dikawal Kerana….

Anak-anak yang berusia remaja adalah mereka yang berusia antara 10 sehingga 19 tahun dimana mereka mengalami perubahan fizikal, mental, emosi, sosial dan tingkahlaku. Sering sahaja para ibu bapa merungut dan berasa terbeban untuk menguruskan anak remaja mereka kerana dengan perubahan yang ketara ini.

Ketika ini ibu bapa perlu bertanggung jawab dan memainkan peranan yang penting supaya tumbesaran mereka sebagai anak remaha dapat dilalui dengan sempurna dan berjaya. Jika gagal, mereka akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Kenapa para ibu bapa mendapati sukar untuk mengawal, malah memahami perasaan anak remaja mereka?

1. Anak remaja yang sedang membesar mengalami kerunsingan terhadap fizikal dan mental mereka.

Jadi, mereka sentiasa tidak berpuas hati dan merungut dengan rupa bentuk badan mereka. Ibu bapa jangan seratus peratus mengharap pada cikgu di sekolah sahaja untuk mengajar berkenaan dengan perkembangan badan ketika remaja. Sekurang-kurangnya, beritahu anak anda ia adalah perkara normal dan sentiasa lah beri mereka perhatian.

Jika ibu bapa menjadi runsing, semakin runsing anak-anak anda nanti.

2. Anak remaja sedang mengalami perubahan konkrit kepada perubahan abstrak pada kadar yang perlahan.

Perkara yang paling banyak berubah terhadap anak-anak remaja adalah perubahan pemikiran mereka. Pemikiran ini berubah secara kadar yang perlahan berbanding dengan perubahan tubuh badan yang drastik. Jadi, mereka menjadi kurang matang dan kurang rasional apabila melakukan sesuatu perkara. Dan disinilah anak remaja akan menjadi memberontak apabila tidak dapat apa yang mereka mahukan.

Ibu bapa juga pening kepala ketika ini, kalau tak dapat asyik nak memberontak sahaja. Jadi, dengarlah luahan hati anak yang sebenar. Dan beritahu kesan buruk jika mereka memiliki barang atau perkara tersebut.

3. Anak remaja sebenarnya sangat sensitif dengan kritikan ibu bapa.

Apabila perkara atau barang yang mereka mahukan ditolak secara mentah oleh ibu bapanya, malah dikritik pula…secara tidak langsung mereka merasa kurang kasih sayang. Oleh sebab itu, rata-rata anak remaja suka mengungkap;

“Ayah mesti dah tak sayang along kan?”

Sikit-sikit tak sayang…sikit-skit tak sayang…

Maka, ibu bapa tidak digalakkan mengkritik segala apa yang anak remaja lakukan, kerana ia menjurus untuk anak-anak berasa murung dan kurang keyakinan diri. Pada masa ini sebenarnya anak remaja sedang mencari identiti sendiri dan self-conscious.

Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa menghalang bakat yang mengalir dalam tubuh badan mereka, sudah tentu ia akan membuatkan anak remaja menjadi tidak produktif.

Pentingnya hubungan rapat antara ibu bapa dengan anak remaja adalah untuk mengukuhkan pertalian emosi yang berkualiti supaya dapat dirasai oleh anak-anak. Selain itu, untuk menghindarkan anak remaja terpengaruh dengan gejala negatif seperti lari dari rumah, penyalah gunaan bahan, ponteng sekolah, jenayah, gengsterisme dan perlakuan seks luar nikah.

Jadi, kalau boleh ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada memarahi anak di atas sikap anak remaja yang kurang menyenangkan, sebaliknya menasihati mereka. Tidak perlu panjang lebar. Hanya cukup untuk menyampaikan mesej nasihat. Nasihat yang berjela akan menjadi bebelan pada pandangan anak dan mereka akan menutup telinga daripada mendengar nasihat tersebut.

Sebagai ibu bapa anda perlu untuk meyakinkan anak untuk menerima diri mereka seadanya. Mereka adalah sempurna dan tidak perlu untuk merasa rendah diri. Keyakinan diri adalah penting untuk kejayaan mereka kelak.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen