Apa Yang Anak-Anak Mahukan Daripada Ibu Bapa Mereka Sebenarnya? Jom Baca.

Para ibu bapa mendapati sukar untuk menjaga anak ketika mereka masih kecil kerana tidak lagi petah berbicara. Apabila anak-anak belum fasih berkomunikasi sudah pasti ibu bapa celaru, apa sebenarnya yang anak kecil mereka mahukan?

Apabila sejak dari anak kecil ibu bapa tidak mengambil berat, tidak hairan sekiranya semakin anak membesar, semakin sukar untuk ibu bapa mengenali anak sendiri. Jika mahu menjadi ibu bapa yang hebat dan terbaik, ketahui apa sebenarnya yang anak-anak anda mahukan daripada mereka kecil sehingga besar remaja….

1. Anak Kecil Memiliki Daya Tinggi Untuk Bergerak Bebas.

Para ibu bapa yang memiliki anak kecil pasti berpengalaman sukar untuk mengikuti anak yang dah mula merangkak. Kemana sahaja ibu bapanya pergi pasti mereka mahu ikut. Kamar mandi, bilik tidur, keluar rumah dan paling banyak bergerak adalah ke dapur kerana disitu seringnya si ibu habiskan masa.

Anak kecil yang merangkak berasa begitu seronok apabila dapat menggunakan seluruh anggota mereka. jadi dengan pergerakan seluruh anggota badan membuatkan mereka sebenarnya untuk belajar mengenai tubuh sendiri. Jika tidak bergerak, maka mereka tidak boleh belajar sesuatu.

Sebab tu anak kecil akan merengek dan menangis sekiranya tidak dapat bergerak bebas.

2. Anak Kecil Mahu Berasa Kejayaan Dan Diiktiraf.

Apabila mereka sedikit membesar dimana sudah mampu untuk menconteng dan melakar sesuatu di dinding dimana semua ibu bapa mengalaminya, mereka mahu diraih oleh ibu bapa. Jika para ibu bapa tidak mempedulikan setiap lakaran tersebut, malah dimarahi pula, mereka seakan-akan merasakan tidak diiktiraf.

Selagi tidak diiktiraf, selagi itu mereka cuba melakukannya sehingga berjaya.

Bagaimana anak kecil rasa diiktiraf?

Diucap terima kasih, diucap dengan kata-kata sayang dan semangat di samping memeluk mereka.

Jadi, jangan pernah menghentikan sifat mereka yang sangat aktif dan produktif ketika kecil kerana neuron diminda mereka sedang ligat memproses sesuatu. Jika dihentikan dengan tidak diiktiraf, neuron ini tidak berhubung.

3. Anak Kecil Mahu Diterima Oleh Rakan Sebaya.

Ketika anak mula masuk ke pra-sekolah atau taska, anak kecil ini akan berjumpa dengan ramai rakan sebayanya. Disinilah akan membentukkan cara anak-anak kecil bersosial. Jika buruk cara layanannya atau dibuli, tidak mustahil cara komunikasi mereka akan terbantut. Anak kecil ini akan sedaya upaya bersosial dengan rakan sebaya supaya dapat diterima dalam kelompok ini.

Ibu bapa perlu berhati-hati sosial anak-anak kecil, kerana dengan peredaran zaman masa kini, terlalu banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Namun, jangan sekat sosial anak-anak pula.

4. Anak-Anak Mahu Bersaing.

Semakin besar seorang anak, semakin luas sosialnya, dan semakin tinggi daya keinginan mereka untuk bersaing. Jika ramai adik-beradik, keinginan untuk bersaing lebih tinggi, malahan cuba bersaing dengan sahabat handai juga.

Anak-anak akan bergaduh untuk mendapatkan sesuatu antara satu sama lain. Jika mereka sudah mendapatkan sesuatu, mereka mahu diiktiraf oleh ibu bapa pula. Jadi, disini ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dengan cara bagaimana untuk menasihati mereka?

Adakah dengan berjaya merebut sesuatu perlu diiktiraf seperti point nombor 2?

Jika ibu bapa tersalah langkah, pasti anak yang berjaya merebut itu akan berasa sangat berkuasa. Anak yang dirampas barangnya pula akan berasa terpinggir. Malah mereka akan merasakan ibu bapa menjadi bias kerana suka membuat perbandingan disini. Hati-hati!

Kesimpulannya, Ibu Bapa Perlu Mempunyai Asas Hubungan Dengan Anak-Anak Atau Parenting Jika Masih Tidak Bersedia Menimang Cahaya Mata!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen