Ustaz Ebit Lew Kongsi 3 Amalan Untuk menjadi Ayah Dan Suami Yang Hebat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai orang sedang berusaha untuk menjadi seorang suami dan ayah yang baik buat keluarga mereka ini. mungkin kerana terlalu sayang akan anak-anak dan isterinya menyebabkan seseorang lelaki sanggup mengalirkan air mata mengenangkan usahanya untuk menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Adakah amalan yang diterapkan itu adalah amalan yang sesuai untuk menjadikan dirinya seorang suami dan ayah yang baik buatnya? Ataupun amalan tersebut sebenarnya belum mencukupi untuk membuatnya ke arah itu?

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew didatangi oleh seorang lelaki yang bertanyakan pendapat bagaimana untuk menjadi seorang ayah dan suami yang hebat buat keluarganya. Bahkan apakah amalan yang sesuai diamalkan untuk ke arah itu. Mari ikuti perkongsiannya.



           

“Sebak di airport tadi jumpa beberapa orang dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya. Beliau menangis tanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik. Beliau menangis bantu saya ustaz.
Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita. Saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya.

Allah sayang abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Kesian abang. Begitulah isteri abang.

Kita suami setiap hari solat 2 rakaat taubat minta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta ampun kerana kurangnya kasih sayang dan didikan kita pada keluarga.


Kedua hidupkan amalan Talim dalam rumah setiap hari. Rumah kita dipenuhi para malaikat. Anak isteri kita dapat sifat taat dan kasih sayang, bimbing mereka dengan baik. Ketiga bawa keluarga solat fardhu awal waktu. Ajak solat tahajud.

Anak hari ini mereka rindu dua perkara kasih sayang mak ayah. Dan kasih Sayang Allah. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah. Allah sayang abang. Kami berpelukan dan beliau menangis. Kita semu rindu dan cinta sebenar, cinta pada Allah.

Ketiga dirumah haramkan perkataan menghina atau merendahkan. Selalu beri pelukan dan suap makan. Dengar cerita isteri dan anak kita. Mereka rindu ayah mereka. Isteri kita sunyi rindu suami mereka. Allahuakbar.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen