Ibu Adalah Tempat Rujukan Buat Anak-Anak, Maka Selalulah Terapkan Nilai Kebaikan Dalam diri Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan ibu bapalah yang sesuai untuk mendidik anak agar menjadi seseorang yang berguna pada masa hadapan. Tanpa teguran dan didikan yang sepatutnya, anak-anak tidak tahu bahawa tindakan yang diambil itu adalah tindakan yang benar atupun tidak. Maka dengan itu ia perlukan bimbingan dari ibu bapanya.

Anak-anak ini lebih mudah terikut-ikut dengan gerak geri orang dewasa. Apa yang menarik di mata mereka itulah yang akan mereka ikut-ikutkan. Sebab itulah pentingnya pengawasan dan didikan daripada orang lebih dewasa, dan membantuk mereka ini perlulah sejak dari awal tumbesaran mereka, barulah mereka membesar menjadi orang yang lebih berguna.

Sedikit coretan dari Puan Insyirah Soleha, dimana seorang ibu itu perlu sentiasa mendidik kebaikan di dalam diri anak-anaknya. Semoga ia menjadi amalan bersama.



Dalam MRT, adik perempuan pegang Asif atas riba. Destinasi masih jauh jadi saya buka carrier.

Sampai di satu stesen masuk sekeluarga bangsa Inggeris, ada 2 orang anak perempuan. Anaknya pandang saya terkebil-kebil. Lalu beritahu pada ibunya.

"Ibu, dia pakai macam orang Arab."

Ibunya pun angguk-angguk tengok saya.

"Ibu, adakah dia orang yang baik?" Sambil dia masih pandang saya. Huhu.

"Ya, dia orang yang baik."

Tak lama kemudian saya ambil Asif dan masukkan dalam carrier.

"Dia orang yang baik, dia ada bayi." Ibunya masih berbual dengan anak perempuan.

Kagum la juga saya.

Untuk mengatakan seseorang itu jahat atau baik bukanlah susah pun tetapi ibunya memilih untuk mendidik anaknya dengan sikap berbaik sangka pada orang. Mungkin anaknya takut tapi dia cakap dengan positif.

Seorang ibu, selalu jadi tempat rujuk anak-anak. Maka mahu atau tidak, tetaplah sekolah pertama untuk anak adalah ibunya yang menerap nilai kebaikan dan melihat potensi anak-anak. Apa sahaja kelulusan pelajaran seorang ibu, tetap seorang ibu adalah pintu kebaikan untuk mendidik anak.


Semasa isi minyak di stesen minyak ada sebuah van sudah uzur mengisi minyak.

Anakanda Amri pun cakap.

"Buruknya van dia."

Lalu saya tanpa menunggu, 'sekolah'kan beliau tentang kehidupan.

Perlu rasa empati pada orang lain. Mungkin van itu sahaja yang dia ada untuk kegunaan. Tak boleh sesekali kita hina barang milik orang, nanti Allah hinakan kita semula.

Apa sahaja yang kita ada, semuanya pinjaman. Bila Allah nak tarik, tak perlu tunggu sesaat. Jauh lebih singkat dari waktu tersebut pun Allah boleh ambil semula.

Tekankan berkali-kali tanpa jemu untuk bersyukur. Apa yang kita ada, perlu bersyukur. Syukur boleh dizahirkan dengan berkongsi (sedekah) kepada orang lain.

Masih banyak kelompangan tarbiyyah pada anak-anak dan masih banyak perlu dibaiki.

Adab dan akhlak, itulah yang paling mahal pada masa sekarang.

Ummu Amir,

Cantikkan akhlak itu jihad.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen