“Sorang Je Anak, Tak Nak Tambah Anak Lagi Ke?” Jom Lihat Jawapan Deep Ini!

Sudah lumrah hidup dalam masyarakat, pasti ada sahaja yang ingin ditanya dan tahu sedikit perkembangan. Namun, segala persoalan itu kadang-kala menyakitkan hati bagi sesetengah individu kerana seperti tidak menjaga sensitiviti.

Bila masih single, dikatakan kita memilih…

Bila dah kahwin, ditanya bila nak ada anak…

Bila dah ada anak sorang, ditanya lagi tak nak tambah anak ke? Anak tu rezeki, jangan sekat…

Berkenaan dengan isu ini, Encik Nur Firdaus telah berkongsi pengalamannya di laman facebook nya sendiri….

********

O: Orang

K: Kiter

O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?
K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.

O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.
K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?

O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?
K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.

O: Hmm.. (terdiam sekejap)

K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.

O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)
K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula :)

O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.
K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.

_________________________________

#QualityRatherThanQuantity

#1child1file

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen