“Hubungan Suami Isteri Ini Kita Perlu Dasari Dengan Perasaan Kasih Sayang Dan Menyenangkan Antara Satu Sama Lain” – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila telah menjadi suami isteri ini, kita perlu saling memahami dan mencari sefahaman bersama-sama. Mungkin ada isteri yang sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa buat suaminya dan ada juga yang sanggup membantu suami mencari rezeki demi kesenangan keluarga bersama. Jadi hargai isteri dalam setiap keputusan yang diambil itu.

Dalam rumah tangga ini semua perkara perlu saling berkerjasama. Jadi seorang suami jangan terlalu mementingkan diri sendiri, cuba lihat apa yang isteri kita telah lakukan untuk kita. Lihat keikhlasan hatinya untuk melakukan semua perkara itu hanya untuk suami yang dikasihi tapi jangan pula kita mengambil kesempatan terhadap keikhlasan yang telah dirinya berikan itu.

Mari baca sedikit perkongsian dari saudara Mizan Dzai, mengenau keikhlasan dan pengorbanan isteri ini. Semoga ia membantu kita lebih menghargai isteri kita kelak.

                          

Keikhlasan isteri.

"Zaman sekarang ramai yang kita tengok kahwin awal, kahwin muda.

Elok, siapa kata tak elok cuma bila kahwin di usia muda ni banyak cabarannya terutama dari segi kewangan yang belum cukup stabil.

Baik suami, baik isteri kena bersedia untuk tempoh 5 tahun pertama yang kritikal. Kita semestinya diuji dengan kewangan, persefahaman, kejujuran dan bermacam lagi.

Suami atau isteri kena faham dan sukarela jalankan tugas dan peranan masing-masing. Suami cari rezeki dan kadang isteri pun bantu cari rezeki dengan bekerja.

Bila balik rumah, jangan nak ungkit-ungkit siapa lagi penat sebab yang jadi mangsa nanti anak-anak. Lagi-lagi baru habis cuti panjang ni, mood tengah elok tu jagalah.



Kita bila balik rumah nanti, berkasih sayanglah balik. Berkasih sayang ni macam kita cas bateri. Esok siang semangat pergi kerja cari rezeki, balik rumah cas bateri lagi.

Sebab tu rumah adalah syurga dunia. Itulah tempat paling selesa walau kecil atau buruk mana sekalipun.

Hubungan suami isteri ni kita perlu dasari dengan perasaan kasih sayang dan menyenangkan antara satu sama lain serta bantu membantu. Isteri ni pengorbanan dia besar, macam-macam dah dia buat untuk kita.

Yang paling besar sekali ialah sakit beranak, cuba kenang balik. Sakit beranak ni umpama 20 tulang rusuk dipatahkan serentak tau?

Kau bayangkan.

Sebab tu beranikan diri teman suri hati kita bila dia nak beranak. Buat checkup ke, jumpa doktor ke.

Jangan bagi alasan takut darah, geli ke apa benda. Tengok muka isteri, bagi kata-kata semangat, suruh dia mengucap, pegang tangan dia.

“Terima kasih sayang, terima kasih atas pengorbanan you untuk cinta kita.”


Dulu masa bercinta, masa tengah haram, terkinja-kinja nak pegang nak peluk. Bila dah halal apa nak malu?

Isteri ni, walaupun sakit dia sampai macam tu sekali tapi lepas habis bersalin dia takkan pernah serik untuk bersalin lagi. 3 atau 4 orang anak lagi pun dia sanggup.

Memberi zuriat untuk suami adalah satu kebanggaan dan kebahagiaan bagi dia.

Istimewanya kaum Hawa ni, Masya Allah. Sebab tu Allah tinggikan darjat wanita. Di muliakan mereka.

Kita yang lelaki, sakit apa paling ngeri dalam hidup kita? Rasanya sunat la yang paling sakit pun. Sanggup kita ulang 3 ke 4 kali lagi?

Itupun kita tak sanggup tau. Masa zaman belum sunat dulu, kulit tersangkut kat zip pun dah melalak macam kena sembelih, terpekik terlolong menjerit minta tolong.

Sebab tu dalam rumahtangga ni, yang pertama kita kena ingat pada Allah. Allah akan bantu kita, dia akan permudahkan segala-galanya. Minta pada Dia untuk jaga rumahtangga kita.

Sebagai suami, jangan kita main lepas je tangan. Bantu satu sama lain. Jangan ingat kita ketua keluarga, kita boleh goyang kaki, anak melalak buat bodoh, isteri macam orang gaji terkejar sana-sini menguruskan anak.

Kalau memang bodoh tak apa.

Ambil tahu masalah anak-anak, masalah isteri. Tanya apa masalah keluarga, apa yang tak cukup dalam rumah. Usaha untuk sediakan secukupnya.

Barang dapur sentiasa kena ada untuk kelangsungan hidup keluarga. Kalau tak cukup, kalau duit tak ada, beritahu isteri. Bincang, semua ada penyelesaian.

Tak ada isteri yang biar je suami dia tak ada duit, isteri ni semua dia nak tolong. Semua dia sanggup, betapa ikhlasnya isteri kita ni berpasangan dengan kita. Till Jannah katanya.

Sekali-sekala pergi masjid solat berjemaah, dengar kuliah agama. Balik rumah, sarung la kain pelikat sekejap pergi berjemaah kat surau. Dapat seminggu sekali dua untuk permulaan pun dah Alhamdulillah.

Kalau perasan, bila kita balik dari berjemaah ni layanan isteri lain. Sejuk je kita rasa bila sampai rumah. Jangan percaya tak percaya, pergi cuba.

Bila ada ilmu baru yang kita dapat, balik rumah kongsi dengan keluarga.

Tak ada yang boleh selamatkan keluarga kita kecuali "Addinul Islam", iaitu cara hidup Islam.

Dan yang terakhir sekali, elakkan kontroversi dalam keluarga, elakkan fitnah. Jangan keluar berdua walaupun dengan kawan sekerja atau sepejabat.

Kau dah tau isteri ni jenis yang susah nak dengar penjelasan, jenis yang tak faham bahasa, yang kau cari penyakit pasal apa?

Elakkan la keluar berdua-duaan, kan dah tahu benda tu boleh mendatangkan fitnah dan merosakkan rumahtangga.
Jadi bila kita berumahtangga, kejarlah bahagia hingga ke syurga.

In shaa Allah, mudah-mudahan keluarga kita dapat mencapai sebagai sebuah Keluarga Sakinah. Amin Ya Rabb."


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen