"Mulanya Saya Tak Bersetuju Untuk Ambil Anak Angkat Tapi Berubah Apabila Dengar Kata-Kata Suami" - Datin Sri Shahidah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap perbuatan yang baik itu pasti akan ada balasan yang setimpal ke atasanya, namun untuk melakukannya pasti bukanlah satu perkara yang mudah. Bak kata orang tua-tua, kalau nak buat baik ini ada sahaja halangan yang akan datang menduga dan menguji kekuatan hati agar tidak terus melakukan kebaikan, namun jika berjaya menanganinya pasti ada ganjaran yang menanti.

Mengambil anak susuan bukanla satu perkara yang mudah, di mana banyak halangan yang perlu difikirkan diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sebegini. Begitu juga dengan pasangan ini, iaitu Datin Sri Shahidah dan juga suaminya Dato Sri Aliff Syukri.

Pada permulaan, Datin Sri Shahidah menghalang proses pengambilan anak susuan tersebut. hal ini kerana, beliau merasakan belum cukup yakin untuk melakukan perkara demikian. Namun nasihat dan dan kata-kata suaminya mengubah pandangan serta keputusannya.



Baru-baru ini, beliau ada berkongsi menerusi laman Instagramnya mengapa sebelum ini beliau tidak bersetuju akan pengambilan anak susuan ini.

                          

“Kadang-kadang bukan semua benda yang saya suka dia buat, tapi bukan semua buruk. Banyak benda baik yang saya dah terikut perangai dia. Dari seorang yang lembab saya dah jadi cepat, dari seorang yang tak yakin saya dah ada keyakinan. Dari seorang yang tak pandai niaga, tak kreatif, saya dah bertambah baik.


Dan yang paling penting ramai tak tahu yang sebenarnya dari awal saya tak bersetuju nak ambik anak susuan. Saya tak nak dan tak bersedia (sebab saya ni bukan baik mana pun) tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu cakap nak buat benda baik memang susah. Kita jaga dia orang Insya Allah esok lusa ada benda baik datang pada kita. Jaga mereka biar kita tak cukup baik tak cukup kita sempurna tapi dah banyak kesenangan kita boleh bagi pada mereka.

Mudahan jadi anak-anak yang baik je meena qayyum dan anak-anak yang lain. Mama abah tak minta duit pun cukup jadi anak yang baik berjaya dunia dan akhirat.”

                         


Dalam setiap kebaikan yang kita lakukan itu, pasti akan dipandang Allah swt jika niat kita itu baik dan juga ikhlas. Bahkan kita bukannya begitu sempurna untuk memusakan hati semua orang tapi cukuplah sekadar Allah swt yang tahu akan niat sebenar kita ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen