Antara Peranan Untuk Menjadi Seorang Isteri Mithali.

Menurut Islam, begitu mudah seorang isteri untuk mencium syurga di bawah telapak kaki suami dengan melakukan 5 solat wajib, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya.

Dan seperti hadith dibawah:

“Jika seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya, “Masuklah ke syurga.” (HR. Ahmad)

Dan juga Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah”(Riwayat Muslim)

Jadi, jom ketahui antara peranan untuk menjadi seorang isteri yang mithali dan solehah:

1. Sanggup menjaga suaminya sepanjang hayat.

Isteri yang mampu menjaga suaminya sepanjang hayat walaupun dalam keadaan tubuh badan yang sakit. Malah tidak pernah merasa untuk merungut kerana tahu suaminya adalah amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan mengejar untuk ke syurga.

2. Sentiasa menunggu kepulangan suami di rumah.

Jadilah isteri yang tidak sabar menunggu kepulangan suami di rumah. Sekiranya anda seorang isteri yang bekerjaya, berkejar-kejar lah pulang ke rumah kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan suami. Sentiasa rindu pada suami. Rindu pada ceritanya, rindu pada suaranya, rindu pada sentuhannya.

3. Menyayangi suaminya tanpa memikirkan hal duniawi sepenuhnya.

Pada masa kini, pandangan seorang isteri menjadi terganggu dengan pelakon-pelakon kacak di drama melayu, apatah lagi dengan drama korea. Sering berangan mahukan suami yang romantik seperti di kaca televisyen padahal ia hanyalah lakonan semata-mata.

Mana ada pada dunia realiti, seorang suami boleh berkongsi masalah rumah tangga dengan rakan baiknya sendiri. Secara normal dan lahiriah, lelaki hanya pendamkan perasaan dan masalah rumah tangga untuk dirinya sahaja. Tidak pernah berbincang tentang aib sendiri atau isteri secara terbuka walaupun dengan ibu sendiri.

Jadi, terimalah suami anda seadanya.

4. Sanggup hidup sehidup semati.

Jadilah isteri yang sanggup sehidup semati bersama suami. Sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan suami dan keluarga. Tidak terlalu memikirkan hal perceraian dan berpisah dalam menghadapi dugaan kecil.

5. Tidak terlalu menjadi Queen Control.

Walaupun anda seorang isteri yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, tidak semestinya anda berkuasa ke atas suami. Kerana dalam keluarga, suami adalah seorang pemimpin yang mesti dihormati dan disegani. Walaupun anda mempunyai peranan untuk merancang kewangan keluarga, jangan mengambil kesempatan di atas kesempitan suami pula.

6. Berdoa kesejahteraan suami setiap hari.

Seorang isteri yang mithali bukan sahaja yang mampu menjaga auratnya daripada yang bukan mahram, bahkan mampu mendoakan suaminya setiap hari selepas solat. Tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan suami, dan hanya mengadu pada Allah SWT sahaja dikala mengalami pergaduhan dengan suami. Bukan mengadu pada sahabat baik.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen