“Majlis Grand Bagaimana Sekalipun Tak Bererti Sekiranya Ia Tidak Dirahmati Allah…”

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mahukan majlis perkahwinan yang cukup meriah. Di mana boleh lihat wajah kegembiraan pada kedua ibu bapa, ahli keluarga serta rakan terdekat. Bahkan ini mungkin perkahwinan sekali seumur hidup, jadi tidak mengapa jika majlis itu dilakukan dengan meriah dan gah. Itu lah yang sering kali difikirkan oleh masyarakat kita pada masa ini.

Namun dalam kemeriahan dan kegembiraan yang kita mahu raikan itu, adakah kita menjaga batas-batas kita sebagai orang Islam. Di mana, adakah majlis perkahwinan yang kita bakal langsungkan itu mendapat keberkatan yang sepatutnya atau sebaliknya?

Kadang kala kita lupa bahawa majlis yang kita mahukan dan idamkan di dalam majlis perkahwinan kita itu bukanlah perkara yang sesuai dilakukan sebagai orang Islam, tapi kita yang lebih mahu mengikut trend, orang barat, dan artis kerana mahu tunjukkan bahawa bahagia dan gembirnya kita ini.

Bagi buat mereka yang bakal mendirikan perkahwinan itu, cuba renungkan semula perancangan kita itu. Mari baca sedikit pandangan dan nasihat dari Puan Intan Dzulkefli ini, mana tahu kita masih sempat mencari keberkatan di dalam majlis kita itu nanti.



Hari nikah dan walimah boleh dikatakan adalah antara hari paling membahagiakan, paling penting dan paling bermakna buat seorang wanita.

Waktu itulah kebanyakan wanita akan bercampur baur emosi antara excited, gembira, tak sabar, dan adakalanya sampai stress kerana meletakkan high expectations untuk dream wedding mereka.

Waktu itulah ujian tiba, tatkala mahukan majlis pernikahan persis artis mahupun selebriti, hingga kadang ada orang Islam yang terikut budaya barat dari segi pemakaian serta cara meraikan hari nikah dan walimah

Zaman beredar, terlalu banyak perubahan. Hal yang zaman dahulu tak pernah terbayang, kini semakin acap kali pula diada-adakan.

Pre-wedding photoshoot yang tidak patuh syariah - berpegang tangan, berdukungan, lentok sana sini walhal belum halal, bridemaids yang berpakaian menjolok mata, majlis berinai siap berpakaian dan ada tari menari ibarat budaya Hindu, majlis nikah dalam taman bulat-bulat ditiru seperti dalam Filem Inggeris, pengantin wanita memakai veil menutupi wajah seperti pengantin Kristian. Semua ini semakin dinormalisasikan dalam masyarakat.

Yang buat semua perkara ini, adakah kita telah merujuk orang 'alim tentang semua hal ini sebelum kita implement dalam majlis bahagia kita?

Majlis bahagia belum tentu bahagia sekiranya di awalnya telah mengundang fitnah dan murka Ilahi apabila bercampur yang tidak patuh syariah.


Nasihat saya, dalam keterujaan mahu merencana majlis bahagia, pastikan rujuk dahulu orang yang 'alim berkaitan segala hukum tindakan kita. Kerana kita orang Islam, apapun perlu utamakan syariat. Majlis grand bagaimana sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah, didoakan orang alim dan didoakan para malaikat.

Tiada guna majlis nampak gah sekiranya solat, aurat, ikhtilat sepanjang majlis tidak dijaga.

Ikatan nikah suami isteri amat dimuliakan dalam Islam. Namun, caranya perlu seiring, agar keberkatan dan rahmat Allah memayungi proses itu.

Jangan kerana teruja, tanpa sedar kita menjunjung budaya bukan Islam, cara masuk ke majlis nikah seolah pengantin Kristian berjalan di dalam gereja, pakaian, tudung ambil inspirasi dari Barat, ada yang berpakaian terlalu mendedahkan hingga orang yang melihat keliru dengan agama sebenar si pengantin, kemudian ada majlis tari menari bercampur gaul lelaki wanita bukan mahram. Wallahi, tepuk dada tanyalah iman, beginikah cara kita menjemput keberkatan di hari mitsaqon ghaliza antara kita dan suami dipaterikan?
Amat menyedihkan apabila hal sebegini dilakukan oleh orang yang popular, berderulah masyarakat menirunya tanpa berfikir dan bermuhasabah.

Ibubapa, bersuaralah. Memang benar apabila anak perempuan bernikah, mereka perlu taat pada suami mereka. Tetapi selamanya kita bertanggungjawab ke atas mereka, yang salah perlu ditegur, anak-anak sentiasa perlukan nasihat dan doa ibubapa mereka.

Berbaliklah kepada al-Quran dan sunnah. Implementing islamic way as what Rasulullah SAW teach us. Jangan terlalu taksub dengan selebriti hingga hal batil pun kita terikut juga.
Pesanlah kepada anak-anak, adik beradik, kawan-kawan.

Janganlah majlis nikah dan walimah kita menjadi fitnah kepada agama yang mulia. Berdakwahlah, biar orang lihat kecantikan dan kemuliaan Islam, melalui majlis nikah dan walimah kita.

Pilihlah..

Astaghfirullah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen