“Isteri Ni Kena Betul Cara Bercakap, Baru Mereka Dengar Kata Dan Rasa Kasih Sayang Suami”

Secara lumrah, kaum wanita dan lelaki harus mengetahui perbezaan masing-masing supaya dapat melengkapi antara satu sama lain, terutamanya bagi pasangan yang telah berkahwin. Bukan sahaja cara berjalan dan perbuatan yang berbeza, cara berkomunikasi juga berbeza. Cara memberi pendapat juga berbeza. Jadi, tidak boleh samakan pemikiran lelaki dengan wanita.

Dalam perkahwinan, jika si suami merasakan sukar untuk bercakap dengan isteri, malah melihat si isteri sukar mendengar kata cuba 5 kaedah ini dengan betul;

1. Berkomunikasi sambil tatap matanya dan berpegang tangan.

Para isteri akan merasa dirinya diambil berat oleh suami apabila suami tahu cara yang betul apabila berkomunikasi dengannya. Berkomunikasi dengan isteri perlu lebih lembut tutur cara tetapi dalam keadaan tegas sekiranya ingin memberitahu sesuatu yang penting. Kemudian lihat anak matanya dan sentuh tangannya dengan lembut, atau pun bahu.

Jika si suami jarang berpegang tangan atau menyentuh mana-mana anggota badannya ini membuatkan si isteri rasa tidak dipedulikan dari segi emosi.

2. Sentiasa berkongsi apa jua cerita dan masalah terutamanya di pejabat.

Ketahuilah para suami yang mencari rezeki di luar rumah kerana anda meluangkan masa lebih di pejabat berbanding di rumah. Sudah tentu si isteri akan rasa insecure dengan anda. Walaupun urusan kerja itu tiada kaitan dengan dirinya, termasuk makcik-makcik bawang di pejabat anda, kongsi sahaja apa jua cerita.

Dengan cara begini si isteri merasakan suaminya bukan perahsia dan mahu selesaikan masalah bersama-sama bukan keseorangan.

3. Jangan terlalu kerap menunjuk hebat.

Kadang-kala, ada juga sebahagian isteri berasa tercabar sekiranya suami mereka gemar menunjuk hebat. Menunjuk hebat sehinggakan MERENDAHKAN MARTABATNYA sebagai seorang isteri. Sebagai contoh:

“Eh awak ni, saya boleh buat, takkan lah awak tak boleh buat?”

Para isteri akan berasa kecewa kerana terasa dirinya seperti kena downgrade dengan suami sendiri. Padahal dirinya memerlukan sokongan dari seorang suami sebagai seorang hero.

4. Elak memberi komen di pertengahan ceritanya.

Kaum wanita memang suka bercakap tanpa henti. Pantang sekiranya ada yang cuba menyampuk dan tidak mendengar pendapatnya sehingga habis. Jadi, untuk menjadi seorang suami yang pendengar setia, jangan sesekali memberi komen di pertengahan ceritanya. Tunggu sehingga habis kerana dengan tindakan ini menunjukkan anda menghormati pendapatnya walaupun berbeza.

5. Sentiasa memberi kata-kata cinta atau semangat.

Seperti ketika sebelum berkahwin, setiap malam mesti nak telefon sebab rindu. Sebelum tidur mesti nak ucap ‘I Love You’ atau ‘I Miss You’. Jadi, amalkan tips ini sehingga selama-lamanya. Jangan buatkan para isteri anda merasakan

“Masa bercinta dulu romantik, sekarang tak romantik langsung..”

Lepas sahaja berkomunikasi, kucuplah tangan mereka, pipi atau dahi kemudian ungkap kata cinta atau ‘Terima Kasih’ kerana mereka sudi mendengar luahan hati atau masalah anda.

Jika 5 kaedah ini anda boleh praktikkan setiap hari, pasti para isteri tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk mendengar cerita daripada suami mereka. Ibarat kawan baik yang tak sabar nak dengar gossip, jadi layan mereka seperti sahabat juga. Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen