Anak Yang Sentiasa Bermain Gajet, Sebenarnya Jiwa Mereka Kosong.

Pada masa kini, setiap keluarga pasti mempunyai gajet atau telefon bimbit setiap seorang. Daripada anak yang kecil sehinggalah kedua ibu bapa masing-masing memiliki telefon bimbit yang pelbagai jenama. Tergila-gilakan gajet sehingga 24 jam 7 hari sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Adalah menjadi tidak normal sekiranya tidak up to date berkenaan dengan teknologi canggih yang kian berkembang ini.

Namun, sebagai seorang dewasa tidak kira pada yang bujang atau bergelar ibu bapa, adakah jiwa kita sebenarnya gembira apabila menghadap telefon bimbit 24 jam 7 hari?

Ada sebahagian tertawa sendiri apabila melihat video lucu….

Segelintir tidak dapat mengawal emosi apabila ia berkenaan dengan isu yang sensitif…

Ada juga yang tertekan apabila melihat kebahagiaan yang ditunjukkan oleh rakan sebaya…

Pelbagai reaksi dan emosi dapat kita lihat…

Tetapi apakah yang kanak-kanak kecil rasakan ketika bermain dengan gajet? Ibu bapa semestinya merasakan, anak-anak mereka gembira apabila dapat menonton kartun di Youtube. Jika, komunikasi dua hala semakin berkurangan di antara orang dewasa, apatah lagi dengan anak kecil. Sejak dari kecil lagi sepatutnya ibu bapa memberi belaian dan sentuhan kepada anak-anak, supaya jiwa mereka terisi dengan kasih sayang.

Sebenarnya jiwa mereka kosong, kerana ibu bapa yang sering bermain dengan telefon bimbit. Anak-anak cepat belajar ketika mereka kecil, jadi mereka pasti merasakan apabila kedua ibu bapa asyik dengan gajet, hanya gajet yang memberi kebahagiaan, bukannya kasih sayang ibu bapa.

Sebab itu mereka asyik dan leka dengan telefon bimbit.

Jika anda sebagai ibu bapa tiada kesedaran diri, tidak menghiraukan anak-anak dan sering menggunakan gajet depan mereka, situasi ini amat sukar untuk mereka fahami. Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus.

“Eh, mama pun selalu main telefon, kenapa saya tak boleh?”

Kurangkan lah penggunaan gajet di hadapan anak-anak anda. Tunjukkan melalui teladan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet, barulah mereka berasa lebih adil dan mudah menerima. Jadi, setiap ibu bapa harus membuat peraturan untuk anak-anak:

1. Tetapkan tempat untuk bermain gajet.

Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

2. Jangan gunakan gajet ketika seluruh keluarga sedang berkumpul bersama.

Adalah penting untuk seluruh keluarga berkomunikasi, jadi sama sekali gajet dilarang!

3. Cas semula selepas guna.

Ajar anak anda untuk meletakkan semula gajet tersebut ke tempat asal, dan pasang semula chargernya. Berapa kali dalam pengalaman anda, apabila anda ingin menggunakannya, bateri sudah habis dan tidak dicas semula?

4. Tentukan masa yang spesifik anak-anak boleh bermain gajet.

Masa seperti waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali. Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.

Semoga Bermanfaat Pada Semua Ibu Bapa!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen