Tips Untuk Ibu Bapa Tunggal Menguruskan Kehidupan Serta Anak-Anak Tanpa Bantuan Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang ibu bapa tunggal bukanlah mudah, terutama dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak. Anak-anak yang membesar dari ibu bapa tunggal ini biasanya lebih dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Tapi jika salah seorang sahaja yang mereka miliki pasti mereka mahu lebih lagi kasih sayang dari ibu atau bapanya.

Buat ibu bapa tunggal pula, untuk menguruskan mereka ini juga tidak mudah, mana tidaknya perlu menguruskan anak secara bersendirian dan menguruskan kerjaya pada masa yang sama pasti akan memberi sedikit tekanan kepada ibu bapa tunggal tersebut.

Berikut adalah beberapa tips untuk ibu bapa tunggal menguruskan anak-anak serta kehidupan mereka:



Masalah yang dihadapi ibu bapa tunggal?

Terdapat beberapa masalah dan isu yang hanya dihadapi oleh ibu bapa tunggal. Pertamanya, hidup tanpa bantuan pasangan, setiap masalah kelihatan berganda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua tugasan yang melibatkan penjagaan anak setiap hari. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan.

Ada masanya, tekanan membuatkan anda merasakan bahawa anda tidak dapat menjaga anak anda dengan betul. Malahan, terdapat ramai ibu bapa tunggal yang berdepan dengan masalah kewangan tidak stabil.

Masalah lain yang sering dihadapi ialah anak-anak yang hidup bersama ibu bapa tunggal adalah mereka tidak mempunyai model peranan ibu atau bapa ketika mereka membesar.

Bagaimana berdepan cabaran ini?

1. Tunjukkan kasih sayang.

Belajar cara yang betul untuk memuji anak anda apabila mereka berjaya melakukan sesuatu dengan baik. Sentiasa cuba untuk menyokong mereka dalam apa juga yang dilakukan dalam kehidupan seharian dan pastikan anda sentiasa bertanya tentang apa yang mereka lakukan setiap hari, bermain dengan mereka atau memeluk mereka ketika mereka tidur.

2. Dapatkan pengasuh yang baik.

Jika anda sibuk dengan kerja, carilah pengasuh yang berkelayakan dan boleh dipercayai untuk menjaga anak anda. Atau anda mungkin boleh meminta bantuan daripada ibu bapa atau keluarga yang dipercayai jika anda sukar untuk memberi kepercayaan kepada individu asing untuk menjaga anak kecil anda.

3. Wujudkan peraturan.

Untuk mengajar anak anda tentang peranan dan tugasan mereka di rumah, berikan penerangan mengenai peraturan rumah dan apa yang anda harapkan. Sebagai contoh, mereka perlu menghormati individu dewasa yang lebih tua dan bersikap lemah lembut kepada individu lebih muda. Disiplin yang konsisten adalah penting, terutama jika anak anda masih kecil.

4. Berhenti menyalahkan diri.

Menjadi ibu atau bapa tunggal bukan kesalahan anak anda mahupun anda. Jadi berhenti menyalahkan diri sendiri atau membebankan anak atas keputusan yang telah anda buat.

5. Menjaga diri sendiri.

Dengan menjaga diri sendiri, bermakna anda juga mempunyai tenaga yang cukup membesarkan anak anda. Cuba untuk seimbangkan tugasan kerja, waktu rehat, pemakanan yang sihat dan dapatkan tidur yang cukup.

6. Belajar dari ibu bapa tunggal lain.

Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari ibu bapa tunggal lain tentang cara membesarkan anak. Anda boleh sertai kumpulan ibu bapa tunggal di rangkaian sosial atau mungkin dapatkan bantuan daripada perkhidmatan sosial. Bertanya pada kawan dan keluarga atau sesiapa sahaja yang anda percayai.

7. Bersikap terbuka.

Kebanyakan ibu bapa tunggal adalah berlaku kerana perceraian. Jika anda rasakan ia adalah masa yang sesuai, ambil masa untuk bercakap dengan anak tentang perceraian ini. Dengarkan luahan dan perasaan mereka serta jawablah pertanyaan mereka sejujurnya. Elakkan untuk berkata sesuatu yang negatif tentang bekas pasangan anda. Anak anda akan sentiasa memerlukan kedua ibu bapa dalam hidupnya, tidak kira apa yang berlaku antara anda berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen