5 Tips Menyambut Kepulangan Suami Yang Disarankan Oleh Datuk Siti Nor Bahyah Mohamood.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang isteri, kita harus bijak untuk mengambil hati suami kita, terutama jika si suami sedang berada dalam keadaan penat dan lelah selepas pulang daripada kerja. Mana tidaknya, dalam keadaan letih dan penat itu, pelbagai tindakan akan berlaku kerana dikuasai oleh emosi. Tetapi jika isteri pandai mengambil langkah lebih awal untuk menambat hati suami, pasti rasa itu akan lebih cepat hilang.

Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.



Firman Allah bermaksud: Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan. (Surah an-Nahl, ayat 97).

Jadi isteri-isteri segeralah sambut suami-suamimu pulang dengan mesra agar rasa beban penat dan lelah yang dipikulnya itu hilang darinya. Berikut adalah tips menyambut kepulangan suami yang disarankan oleh penceramah dan pendakwah terkenal, Datuk Siti Nor Bahyah Mohamood.

1. Sambut suami dengan senyuman.

Walaupun ia nampak seperti perbuatan remeh namun seorang isteri mesti menyambut kepulangan seorang suami dengan senyuman dan penuh kemesraan.

Bayangkan jika seorang suami yang sudah mempunyai pelbagai masalah di pejabat dan pulang melihat wajah isterinya yang tersenyum? Ia sudah tentu menyejukkan dan meredakan apa juga rasa gundah dalam hati si suami.

2. Mengenakan pakaian menarik serta wangi-wangian.

Dalam Islam sendiri, seorang isteri yang baik itu harus berhias dan mencantikkan diri untuk suaminya dalam mendapatkan ganjaran besar daripda Allah.

Bagi membangkitkan rasa cinta dan ukhwah dalam rumah tangga kebersihan diri amat penting malah ia adalah sunnah membersihkan diri, memakai wangi-wangian... Apatah lagi ia adalah untuk suami tersayang selagi ia tidak melanggar batas dilarang syariat.

3. Sediakan makanan dan minuman kegemaran suami.

Orang tua-tua berkata, hendak menjaga suami biarlah mula daripada perutnya... Ini juga adalah salah satu tugas yang boleh dilakukan isteri sebagai pengikat kasih sayang.

Bayangkan seharian penat bekerja, suami pulang ke rumah melihat masakan kegemarannya sedia terhidang. Betapa besarnya ganjaran Allah berikan kepada isteri yang menyenangkan suaminya.


4. Elakkan berbincang mengenai masalah dalam tempoh 45 minit.

Sebaik-baiknya berikan suami tempoh 'bertenang' dan tidak membangkitkan hal-hal remeh-temeh sejurus sang suami pulang ke rumah.

Sebaliknya, cuba mengambil 'mood' suami terlebih dahulu dan menggunakan masa ini untuk bertanya tentang hari yang dilaluinya.

5. Beri ruang suami berehat.

Apabila suami pulang ke rumah, mereka pasti akan berasa penat apabila seharian bekerja di pejabat dan sebaiknya berikanlah mereka ruang untuk berehat tanpa gangguan.

Mudah-mudahan tip ini dapat membantu isteri dalam melayan mesra suami masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen