“Anak Kuat Merajuk, Nak Kena Buat Apa?” Lelaki Ini Kongsi Kisahnya.

Anak yang mula membesar memang mudah merajuk dengan kedua ibu bapa nya. Situasi begini dipanggil ‘tantrum’ dimana anak-anak mula menunjukkan perasaannya. Dengan kaedah sebegini sebenarnya, anak-anak cuba mencuri perhatian daripada ibu bapa. Jika mereka sering tak dapat apa yang mereka mahukan, sepanjang hari tantrum.

Jadi, apakah kaedah yang boleh diajarkan pada anak-anak yang kuat merajuk ni? Jom ikuti kisah dan perkongsian dari saudara Mohd Fhais

********

Harap 2019 ni annur rania dah tak merajuk merajuk lagi..

Penat wei jadi parent, kita buat baik pun dia merajuk, buat tak baik pun dia merajuk. Semua serba tak kena!

Maklumlah umur 4 tahun kan fasa "Fantastic Four". Bagi mereka dunia ni sepatutnya fantastik. Masih belum tahu beza antara realiti dan fantasi.

Pada masa yang sama umur 4 tahun juga sudah boleh rasa sedih, gembira, kecewa dan marah. Tapi mereka masih belum pandai untuk mengekpresikan emosi tersebut.

Bila kehendak tak dapat, itu yang kejap-kejap merajuk. Gaduh dengan kawan merajuk, nak choki-choki merajuk, suruh makan merajuk, jatuh basikal pun merajuk. Sensetif ya amat!

Sebenarnya dalam fasa "Fantastic Four" ni bukan merajuk je kuat. Malah anak dah pandai menipu, keras kepala, tak nak terima kekalahan dan dambakan perhatian.

Tapi jangan buruk sangka!

Anak begitu bukan sebab jahat, degil, nakal atau mengada-ngada tapi mereka masih belum tahu cara nak kawal emosi. Masih lagi belajar cara untuk mengurus emosi sendiri.

Walaupun dah 4 tahun tapi otak emosi ( Limbic ) anak masih lagi baby.

Sebab itu cara respon kita sangat KRITIKAL !

Jika kita respon pada kerenah anak dengan memukul, menjerit dan memaki hamun maka itulah yang akan mereka tiruvasi. Begitulah cara mereka urus emosi bila dah besar nanti.

Masa tu bukan fantastic lagi tapi dah jadi tahap disaster.

Biarlah penat jadi parent sekarang daripada menyesal tak jadi parent yang di harap anak-anak.

Tak kisah anak umur berapa pun, kalau merajuk cuba pujuk baik-baik. Jangan kita pula merajuk lebih-lebih, kita sepatutnya lebih matang mengurus emosi daripada mereka sebab otak emosi kita dah matang.

Parent is all about fun!

Image may contain: 1 person, standing and text

********

Semoga Dijadikan Iktibar Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen