Suami Lebih Memihak Pada Ibunya, Apa Yang Perlu Anda Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah menjadi perkara biasalah jika ibu terlalu risau akan anak-anak mereka. Terutama jika anak yang mereka manjakan dan sayangi itu mula memikul tanggungjawab yang besar iaitu menjaga anak orang lain. Kebanyakan ibu mertua ii beranggapan bahawa anak mereka masih belum sesuai untuk memikul tanggung jawab yang agak berat, sebab itulah mereka mudah campur tangan dalam urysan rumahtangga anak mereka.

Mungkin anda agak bimbang sekiranya suami anda akan melebihi ibunya berbanding dengan anda sendiri. Malah anda juga akan risau jika suami anda menceritakan kekurangan anda kepada ibu mertua anda. Cuba anda bertenang sedikit dan jangan terlalu risau. Kalau boleh buang segala tanggapan negatif itu dan cuba melakukan beberapa perkara seperti ini.



1. Lawan ibu mertua hanya membuat suami anda dalam dilemma.

Jika anda mula bertekak atau bergaduh dengan ibu mertua anda, ia hanya meletakkan suami anda di tempat yang serba salah atau dilemma. Di mana suami anda tidak tahu siapa yang harus dirinya sokong dan sebelahi, dan sudah tentu pilihan akhir adalah ibunya. Jadi ia tidak menguntungkan bagi pihak anda jika bergaduh.

2. Sedar akan kekurangan diri.

Tidak semua orang begitu sempurna, dan semua orang akan begitu mudah untuk menyukai anda. adalah lebih baik jika anda cari kelemahan diri dan mula perbaiki kelemahan diri anda out. Jangan terlalu memaksa untuk menjadi terlalu bagus berbanding ibu mertua anda. Ingat setiap orang ada kelebihan masing-masing.

3. Niat hanya ingin membantu bukan niat yang jahat.

Boleh jadi ibu mertua anda ini hanya ingin membantu anda memikat hati suami anda. Mana tidaknya dirinya lebih kenal apa yang anaknya suka. Sebab itulah dirinya mula ikut campur dalam rumahtangga anda, itu semua kerana ingin membantu anda dalam menguruskan suami anda bersesuaian dengan apa yang ibu mertua ajar kepadanya.


4. Kena terima bahawa syurga suami pada ibunya.

Walaupun anda isterinya yang akan menjaganya sehingga ke hari tua, itu tidak bermakna anda boleh miliki keseluruhan diri suami anda. Apa yang perlu anda ingat adalah, syurga suami anda ada pada ibunya, jadi selagi ibunya masih ada, biarkan dia berbakti untuk ibu bapanya dahulu, selepas itu barulah anda.

5. Mengalah dengan ibu mertua.

Tak salah jika anda mengalah dengan ibu mertua anda, mengalah bukan bermaksud anda kalah. Mana tahu anda menang di mata suami anda. Tak salah jika anda membuang ego anda itu, mana tidaknya ibu mertua ini bukan ibu kandung anda, pastilah dirinya kurang memahami sikap dan perangai anda itu.

6. Jangan cuba untuk berlawan dengan ibu mertua.

Jika anda cuba untuk bersaing dengan ibu mertua anda, itu adalah satu tindakan yang tidak sepatutnta berlaku. Mana tidaknya, anda akan kelihatan kurang didikan jika anda berkelakuan sebegitu. Ingat anda juga perlu menjaga nama baik suami dan ibu bapa anda.

Anda perlu faham bahawa cinta dan kasih sayang suami ini bukan hanya untuk anda sahaja. Ibu mertua anda adalah wanita pertama berada di hatinya untuk selamanya. Walau macam manapun anda sayang pada suami anda, itu tidak akan sama dengan ibunya yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan suami anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen