Suka Gigit Kuku Adalah Tanda Stress, Betul Ke? Jom Lihat 5 Tabiat Anda Sebenarnya Mengalami Gangguan Emosi.

Segelintir individu secara tidak sedar akan menggigit kuku apabila diri menjadi resah, gementar dan gelisah. Sebenarnya tabiat seperti ini menandakan kita sedang mengalami gangguan emosi dan stress. Jom lihat tabiat atau habit anda yang lain sebenarnya menandakan anda sedang stress…

1. Gigit Kuku.

Salah satu tabiat yang paling biasa adalah menggigit kuku. Kamu mungkin tidak menyedarinya kerana ia sudah menjadi kebiasaan dan tabiat berulang. Tahukah kamu, ada beberapa kajian mengatakan tabiat seperti ini adalah disebabkan gangguan psikologi. Dikatakan mereka yang gigit kuku mempunyai masalah untuk mengawal emosi. Pada mereka menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang.

2. Mengetap Gigi.

Pernahkah kita melihat pasangan, adik-beradik atau rakan mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam ketika tidur. Sebenarnya, mereka mengetap gigi tanpa sedar. Dalam bahasa perubatan dipanggil ‘bruxism’.

Perbuatan mengetap gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan. Ianya boleh terjadi semasa tidur ataupun jaga.

Lazimnya simptom ini dikaitkan dengan individu yang mempunyai tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari. Sekiranya perbuatan ini berkaitan dengan kesakitan pada sendi rahang, sila dapatkan rawatan di klinik pergigian.

3. Elak Hubungan Mata.

Hubungan mata adalah tanda penghormatan. Bila anda memandang ke bawah atau ke tepi, langsung tidak menunjukkan eye contact, ia akan membuatkan sesi interaksi berlangsung dalam keadaan janggal. Individu sebegini mungkin mengalami eye contact anxiety – merujuk kepada ketidakselesaan tentang hubungan mata atau berbalas pandangan mata.

Seseorang yang mempunyai sindrom ini tidak dapat melihat mata orang lain secara langsung apabila bercakap atau  merasa seperti mereka dinilai atau diteliti apabila membuat hubungan mata.

4. Tarik, Main Rambut.

Bermain dengan rambut tidak semestinya tanda-tanda menggoda, ia boleh dikenali sebagai tabiat bimbang dan kelakukan yang menenangkan diri. Dalam beberapa kes, tarik helaian rambut yang sangat parah boleh menyebabkan trichotillomania, yang merupakan keinginan untuk sentiasa menarik rambut sehingga putus. Jika bermain rambut menjadi semakin obsesif dan berulang, ia boleh menjadi tanda anxiety (kebimbangan), tekanan perasaan atau ketidakselesaan.

5. ‘Letup’ Jari.

Ini adalah tabiat saraf yang biasa digunakan untuk melegakan tekanan tetapi ada ketikanya kelemahan ini boleh menghancurkan jari. Sebenarnya otak yang pengaruh diri untuk anggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu yang melegakan.

Jadi, semakin hari apabila sering dilakukan ia akan berubah menjadi tabiat. Otak akan rasa perbuatan itu melegakan kelenguhan jari. Ia juga boleh mempunyai kesan jangka panjang seperti kekuatan cengkaman yang lebih rendah jika kerap meletupkan jari.

6. Gigit Bibir.

Mengigit bibir adalah sangat biasa, sama seperti bermain rambut, ia sering dianggap sebagai tanda-tanda menggoda. Jika menggigit bibir secara berlebihan ia boleh memberi kesan yang berbahaya. Ia boleh menyebabkan bibir kering, retak, pecah, dan berdarah kerana pendedahan bibir ke enzim pencernaan mulut.

Daripada tabiat di atas, macam ramai sahaja anak muda yang mudah mengalami gangguan emosi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen