Tidur Yang Berlebihan Adalah Punca Kemurungan, Jom Periksa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada sesetengah orang begitu suka tidur, apabila ada masa lapang sahaja tidur adalah menjadi pilihan utamanya. Dia beranggapan bahawa tidur pada masa lapang adalah satu hobi yang disukai berbanding melakukan pelbagai aktiviti yang lain.

Tahukah anda bahawa tidur yang berlebihan itu dikaitkan dengan penyakit kemurungan. Di mana, masalah tidur dan kemurungan mempunyai faktor risiko dan ciri-ciri biologi yang sama. Masalah tidur juga boleh dikaitkan dengan penyakit depresi yang serius.



Apakah Hubungan Antara Tidur dan Kemurungan?

Masalah tidur merupakan salah satu tanda utama untuk kemurungan. Apabila rasa tertekan, sama ada anda akan tidur terlalu lama atau tidak cukup tidur. Terlebih tidur atau dikenali sebagai hipersomnia, merupakan suatu gangguan tidur. Kurang tidur atau dikenali sebagai insomnia, adalah gejala biasa bagi individu yang tertekan. Walau bagaimanapun, individu yang kurang tidur mempunyai risiko sebanyak 10 kali ganda lebih tinggi untuk menghidapi kemurungan berbanding dengan mereka yang cukup tidur.

Kita semua pasti akan berasa sedih dari semasa ke semasa, tetapi kesedihan yang bertempoh panjang akan menyebabkan kita berada dalam keadaan tegang dan tertekan.

Simptom kemurungan termasuk:

i. Berasa sedih atau bersalah.

ii. Berasa diri sendiri tidak berharapan dan bernilai.

iii. Berasa letih, cemas, dan mudah marah.

iv. Hilang minat untuk perkara yang menyeronokkan.

v. Tidak berlarat.

vi. Susah untuk fokus, fikir atau buat keputusan.

vii. Perubahan selera makan yang membawa perubahan berat badan.

viii. Keperluan untuk tidur bertambah atau menurun.

Jika anda ada sekurang-kurangnya lima simptom di atas selama dua minggu atau lebih, anda harus berjumpa dengan doktor untuk mendapat diagnosis yang sesuai.


Kenapa Tidur Amat Penting?

Bukan semua individu yang terlalu banyak tidur mempunyai gangguan tidur. Ia mungkin disebabkan oleh pengambilan bahan-bahan tertentu seperti alkohol dan ubat. Terdapat juga individu yang semata-mata ingin tidur lama.

Walau bagaimanapun, terlalu banyak tidur mempunyai kesan terhadap kesihatan kita

1. Diabetes.

Individu yang terlalu banyak tidur atau tidak cukup tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit diabetes.

2. Obesiti.

Terlebih tidur boleh mencetuskan kepada kenaikan berat badan. Suatu kajian telah membuktikan bahawa sebanyak 21% individu yang tidur selama 9 atau 10 jam sehari akan menjadi obes dalam tempoh 6 tahun, berbanding dengan individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam.

3. Sakit Kepala.

Anda mungkin beranggapan bahawa tidur dapat mengurangkan sakit kepala. Tetapi, tidur lama semasa hujung minggu atau cuti akan menyebabkan sakit kepala. Terlalu banyak tidur akan menjejaskan neurotransmitter dalam otak yang akan menyebabkan sakit kepala pada waktu pagi.

4. Sakit Belakang.

Pada masa lalu, individu yang sakit belakang adalah dinasihatkan untuk banyak berehat. Tetapi, sains moden telah membuktikan bahawa remedi ini adalah salah dan ia akan menjadikan situasi anda lebih teruk. Senaman yang kerap amat diperlukan untuk mengekalkan fleksibiliti tubuh badan. Jika anda ada sakit belakang, berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan selain daripada tidur yang mencukupi.

5. Kemurungan.

Walaupun insomnia biasanya dikaitkan dengan kemurungan berbanding dengan terlebih tidur, kira-kira 15% individu yang tertekan adalah terlalu banyak tidur. Hal ini akan menjadikan kemurungan mereka lebih serius. Oleh itu, waktu tidur yang tetap amatlah penting untuk proses pemulihan.

6. Kematian.

Kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa individu yang tidur selama 9 jam atau lebih mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidur selama 7 atau 8 jam sehari. Penyelidik juga menunjukkan bahawa kemurungan dan status sosioekonomi yang rendah boleh dikaitkan dengan terlebih tidur. Mereka menyatakan bahawa faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan pertambahan kematian dalam kalangan individu yang terlalu banyak tidur.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen