“Tak Baik Pendam Perasaan Dengan Pasangan” Antara Sebab Memendam Perasaan Bahaya Untuk Kesihatan.

Majoriti dikalangan kita suka memendam perasaan sekiranya menghadapi sesuatu masalah. Bagi pandangan kita, memendam perasaan sebenarnya untuk mengelakkan salah faham, tidak mahu menimbulkan masalah, dan tidak gemar dengan risiko hidup. Sentiasa play safe dalam kehidupan adalah salah satu ciri dimana kita tidak suka dengan pendapat yang berbeza.

Berbeza pendapat sebenarnya sihat, sekiranya kita bijak mengawal perasaan kerana setiap pendapat tiada yang salah. Setiap individu mempunyai pendapat masing-masing, oleh sebab itu kita semua sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun sedemikian, sekiranya terlalu memendam perasaan, ia bukan sahaja membuatkan kita kelihatan seperti seorang introvert, malah:

1. Membuatkan emosi menjadi terganggu.

Golongan wanita yang banyak bermain dengan perasaan dan emosi, dan hanya mereka yang tahu bagaimana terganggunya emosi jika memendam perasaan. Oleh kerana itu, kebanyakan yang suka meluahkan perasaan di sosial media adalah daripada golongan wanita. Apabila tidak bijak mengawal emosi, pasti mudah untuk mereka meroyan dimana ia adalah tidak sihat untuk diri sendiri.

“Eiiii…menyesalnya aku tak cakap macam ni tadi…”

“Kenapa la aku tak terfikir, nak buat macam ni kat dia? Kalau tak mesti aku puas hati…”

Fikiran sebegini yang akan terus menghantui minda kita dan ia menjurus kepada emosi yang terganggu.

2. Mudah menjadi tertekan.

Dengan memendam perasaan juga akan membuatkan seseorang individu menjadi stress, murung, depresi dan seumpama dengannya. Situasi sebegini adalah dalam isu kesihatan mental, dimana ia memang tidak sihat untuk semua individu. Jika terlalu kerap menjadi tertekan, ia akan menjurus kita menjadi murung dan tidak mahu berkomunikasi atau bersosial dengan orang ramai.

Dengan memendam perasaan sahaja, mampu mencetuskan situasi sebegini. Hati-hati!

3. Akan membuat seseorang ‘meletup’ di kemudian hari.

Terlalu kerap memendam perasaan tanpa meluahkan pada indiviu yang amanah, akan membuatkan kita tidak terdaya untuk menyimpan lagi. Hari demi hari, akhirnya akan tercetuslah ‘peperangan’ antara anda dengan pasangan, dimana ia tidak baik untuk kesihatan, malah hubungan menjadi renggang. ‘Letupan’ yang terjadi mengakibatkan anda secara tidak sedar mengungkit kisah silam, yang mampu menyakitkan hati pasangan.

4. Membuatkan anda takut untuk hadapi masalah.

“Pendam je lah, mesti lepas ni tak ada masalah..”

“Bosanlah asyik ada masalah je, mesti gaduh…”

Janganlah menganggap setiap perbezaan pendapat perlu diakhiri dengan pergaduhan. Setiap masalah pasti ada solusinya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jika anda menjadi seorang yang takut untuk hadapi masalah, anda juga akan menjadi seorang yang tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

Nanti dah kahwin, lagi sukar untuk selesaikan dugaan atau cabaran yang banyak tanda-tanya. Mental anda menjadi tidak aktif dan produktif untuk setiap risiko yang dihadapi.

Kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai masalah atau konflik dengan pasangan, luahkan perasaan secara bersemuka. Jangan lepaskan di sosial media pula. Hadapilah masalah dengan berlapang dada, supaya tubuh badan anda menjadi sihat.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen