Isteri Kalau Nak Berbelanja Pun, Ikutlah Kemampuan Suami.

Para wanita wajib tahu mengenai nafkah yang lelaki perlu bagi dalam perkahwinan kelak. Oleh sebab itu, pentingnya belajar ilmu keagamaan dan kekeluargaan demi perkahwinan yang barakah kelak. Nak kahwin nanti bukan semata-mata, duit suami adalah duit isteri, tetapi duit isteri tetap menjadi duit isteri.

Para wanita yang bakal berkahwin perlu tahu, apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan di atas? Adakah ia adalah permainan kata-kata masyarakat kerana tidak berpuas hati dengan suami? Atau adakah ia kenyataan yang sahih berlandaskan syariat?

Isteri perlu tahu, nafkah yang suami perlu bagi dalam perkahwinan adalah:

  • Makan dan minum.
  • Duit belanja diri.
  • Duit belanja dapur.
  • Peralatan mandian.
  • Perubatan.
  • Pakaian baru dua persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dan seumpama dengannya.
  • Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram).

Yang menjadi isu adalah berkenaan dengan duit perbelanjaan isteri itu sendiri.

JANGAN GILA KUASA DENGAN NAFKAH PEMBERIAN SUAMI.

Apabila mengetahui tentang nafkah ini, ada sahaja para isteri yang demand lebih sehingga di luar kemampuan suami. Terutamanya yang menjadi viral sekarang adalah berkenaan dengan pil kurus, pil putihkan kulit satu badan, dan jamu yang tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan sahaja membuatkan suami mengeluh kerana perbelanjaan penjagaan diri yang tinggi, malah ia menjejaskan kesihatan sebenarnya, terutamanya impak pada pada buah pinggang, dan pencetus pada penyakit cyst. Nak cantik untuk suami, tapi fikirlah untuk jangka masa yang panjang.

Jadilah seorang isteri yang mampu untuk menjadi penyejuk hati si suami dalam segala keadaan dan situasi. Jika suami tidak mampu untuk memberi lebih, bersyukurlah walaupun sedikit. Apabila seorang isteri bersyukur dan redha dengan pemberian suami, Insya Allah dengan izin Allah, nikmat akan bertambah. Hidup suami isteri pun akan bertambah bahagia dan harmoni.

BERPADA-PADA DENGAN DUIT PERBELANJAAN YANG SUAMI BERI.

Apabila suami beritahu, bulan tersebut hanya mampu memberi sedikit duit sahaja. Jadi, janganlah berbelanja berlebihan. Berpada-pada ketika berbelanja, terutamanya perbelanjaan dapur. Berjimat ketika memasak, jika ada makanan berlebihan simpanlah untuk esok dibawa bekal pula. Panaskan makanan dan seumpama dengannya. Jangan membazir, jika tahu perbelanjaan ketika bulan tersebut tersekat.

Lapangkan lah dada suami dengan bijak menjaga duit perbelanjaan yang diberi kerana ia adalah AMANAH. Penat-penat suami keluar mencari rezeki dari pagi hingga ke malam, balik rumah, tengok isteri masak sikit je. Lepas tu esok membazir pula. Membazirkan amalan syaitan, berdosa.

SALING TOLONG –MENOLONG.

Si isteri jika melihat suami terkontang-kanting susah nak cover perbelanjaan rumah, janganlah mengabaikan mereka dengan mangatakan “Eh, inikah nafkah yang awak patut bagi, jangan liat!” situasi begini sudah menunjukkan anda tidak redha dengan kemampuan pendapatan suami. Bila isteri tak redha, hati suami tak tenang.

Jadi, macam mana nak jadi ciri-ciri isteri pembawa rezeki yang deras?

Bila tak sabar dengan ujian sebegini, ia menunjukkan anda tidak bersyukur dengan takdir Allah SWT.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen