Apa Yang Suami-Suami Mahukan Dari Isteri Mereka Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, itulah kata-kata yang sesuai buat suami isteri ini. Hubungan suami isteri ini tidak akan selalunya indah sahaja, kadang kala ada juga pasang surutnya. Dalam hubungan suami isteri ini, tidak meriahlah kalau tidak bergaduh, terutama jika si isteri inginkan perhatian manakala si suami pula dahagakan isteri yang memahaminya.

Suami mungkin jarang meluahkan melalui kata-kata apa yang mereka mahukan, bahkan suami juga jarang meluahkan melalui tindakan jika hendak dibandingkan wanita. Wanita ini lebih mudah meluahkan melalui kata-kata, tindakan dan juga air mata. Sebab itulah mereka ini banyak diam dan melakukan hal sendiri apabila pasangan mereka ini mula melontarkan pendapat. Sedangkan si isteri mungkin lupa bahawa suami mereka ini sedang penat, mempunyai masalah kerja serta perkara lain.

Jadi bagaimana menjadi seorang isteri yang memahami lelaki? Berikut adalah cara-caranya.



1. Kasih sayang.

Dia sentiasa mahu anda menyatakan kasih sayang untuknya. Dia mungkin tidak mengakuinya. Dia mungkin tidak bersedia untuk menunjukkan keinginannya untuk kasih sayang anda. Tetapi dia diam-diam mengidamnya. Tiada seorang pun yang akan menafikan cinta dan kasih sayang wanita untuknya terutama isterinya. Oleh itu, jangan sekali-kali malu untuk memberitahu betapa sayangnya anda kepada dirinya.

2. Kesabaran dan difahami.

Dia tidak selalu melakukan perkara yang betul dalam hidup dan dalam hubungan. Dan pada masa-masa itu, dia berharap anda sentiasa bersabar dan memahami dengannya. Dia berharap anda sentiasa memahami bahawa dia hanya manusia dan sering melakukan kesilapan yang tidak dijangka.

3. Penghargaan.

Jika anda bernasib baik, maka anda akan berjumpa seorang lelaki yang benar-benar melakukan sesuatu yang terbaik untuk anda dan hubungan anda. Dia akan meletakkan banyak usaha ke dalam hubungan tersebut. Dan dia akan berharap anda mengakui usaha beliau. Dia akan berharap bahawa anda menghargai semua yang dia lakukan untuk anda.

4. Kurangkan overthinking.

Ini adalah perkara lelaki mahukan, dirinya mahu anda berhenti memikirkan perkara yang dirinya tidak lakukan. Malah memberi kepercayaan sepenuhnya kepadanya. Bahkan sentiasa bersangka baik dengannya.

5. Menghormati.

Tiada hubungan di dunia ini yang akan menjadi kuat atau sihat apabila ia tidak dibina di atas dasar saling menghormati. Dia sentiasa mahu anda menghormatinya sebagai manusia dan sebagai orang yang mencintai anda. Dia tidak mahu anda merendahkannya atau membuatnya merasa kurang daripada sesiapa.

6. Kebebasan.

Hanya kerana kedua-dua anda masuk ke dalam hubungan tidak bermakna anda akan melepaskan keperibadian anda. Dan itu penting untuk dia teruskan. Dia akan sentiasa mahu kebebasannya. Dan kadang-kadang, dia akan meminta ruang. Dia berharap anda dapat menghormati dan memberikannya kepadanya.

Cuba pandang suami anda dan lihat apa yang dirinya mahukan. Kadang kala kita sebagai isteri ini terlalu mementingkan diri dan banyak berburuk sangka kepadanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen