Bulan Madu Bukan Buat Mereka Yang Baru Berkahwin Sahaja, Yang Lama Juga Boleh Rasa Honeymoon Semula Dengan Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan madu ini selalunya berlaku selepas berkahwin, di mana anda dan pasangan pergi bercuti bersama-sama selepas bergelar suami isteri, bahkan anda juga yang menggelarkan saat-saat bulan madu ini adalah ketika mereka masih belum mempunyai cahaya mata kerana lebih banyak masa untuk berduaan. Tidak kisahlah bagaimana anggapan anda terhadap bulan madu, tapi biasanya saat-saat bulan madu ini akan dilupakan apabila telah lama menjadi pasangan suami isteri.

Sedangkan bulan madu ini tidak seharusnya hanya pada permulaan perkahwinan sahaja. Sepatutnya, sepanjang perkahwinan anda dan pasangan adalah saat bulan madu. Bulan madu yang berpanjangan ini sememangnya dapat membantu hubungan perkahwinan anda. Mana tidaknya, ia dapat mengikat kasih sayang antara anda dan pasangan dan secara tidak langsung membuat hubungan yang ada itu lebih bahagia.

Anda tidak perlu kerap pergi bercuti bersama pasangan untuk berbulan madu ini, tapi anda juga boleh berbulan madu ketika berada di rumah. Tidak apa sekiranya mempunyai anak, ajak sekali mereka untuk turut serta. Bagaimana caranya?

Berikut adalah caranya:



1. Makan malam yang luar biasa/ candle light dinner.

Sekali skala lakukan candle light dinner untuk pasangan anda. Tidak kiralah suami atau isteri yang melakukannya, adalah lebih baik dilakukan dengan penuh kejutan. Ia bukan makan malam yang biasa, tapi makan malam yang luar biasa seperti lakukan hidangan yang berlainan dari biasa ataupun menghiasi ruang makan anda dengan gaya romantik. Perkara ini boleh sahaja dilakukan di rumah.

2. Luangkan masa pada hujung minggu untuk pasangan.

Cuba untuk bersantai pada hujung minggu terutama pada hari ahad. Lakukan aktiviti yang membuat anda kerap bersamanya. Sebagai contoh, menonton wayang atau movie di rumah. Bahkan anda juga boleh membaca buku di sebelah pasangan anda. Apa yang penting anda sentiasa di sisi pasangan.

3. Berikan kejutan.

Untuk menambah keseronokan dalam hubungan, lakukan sedikit kejutan buat pasangan anda. Kejutan yang menyeronokkan ini biasanya mampu membuat hubungan lebih menarik bahkan pasangan juga akan lebih tertarik terhadap anda.

4. Lihat gambar-gambar lama dan mengenang kenangan lama.

Kadang-kadang, salah satu cara terbaik untuk kembali tersenyum bahagia adalah dengan mengingatkan kenangan anda bersamanya dahulu. Cuba untuk mengingati semula bagaimana kalian berjumpa dan saling bercerita bagaimana kelakuan masing-masing, pasti akan membuatkan kalian akan jatuh cinta semula terhadap pasangan kalian.

5. Lakukan sesuatu yang berbeza untuk kalian berdua.

Jangan anda merasakan hubungan telah mendatar, lakukan aktiviti yang membuat pasangan anda rasa takut kehilangan anda. Mungkin aktiviti yang mencabar akan membantu anda mengeratkan hubungan yang ada. Malah ia akan membuatkan pasangan sentiasa bersyukur ada di sisinya.

Jangan beranggapan bahawa orang yang baru berkahwin sahaja boleh berbulan madu, anda yang telah lama kahwin juga boleh bulan madu. Cuma pastikan anda berdua lakukannya dengan baik untuk kekal menarik pasangan masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen