"Lemah Lembut Dalam Keluarga Ialah Tanda Keluarga Dalam Rahmat Allah." - Ustaz Ebit Lew.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi suami isteri dan juga ibu bapa ini sememangnya penuh dengan tanggungjawab. Terutama jika memiliki anak-anak yang masih kecil, banyak tanggungjawab yang perlu dijalankan, itu belum termasuk penat lelah menguruskan anak-anak lagi.

Rasa penat yang dialami baik suami atau isteri itu pasti akan menjadi satu perasaan yang mendatangkan kemarahan terhadap pasangan kita. Sebab itulah bila ada kecuaian yang pasangan kita lakukan terus kita marah dan melenting, tanpa perasan bahawa anda sedang berhadapan dengan anak-anak.

Nak rasa beban itu ringan dan kurangkan rasa penat itu, maka lakukan bersama-sama. Jadi kalau berlaku pun atas kecuaian bersama dan ia tidak boleh dijadikan punca untuk memarahi pasangan. Mari baca sedikit perkongsian dari Ustaz Ebit Lew, mengenai sikap berlemah lembut di dalam keluarga adalah tanda keluarga dalam rahmat Allah.

                         



Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper. Kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak..

Eh ebit lew kan. Yer saya Puan. Allah sayang sabarlah..

Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh Ebit Lew kan. Yer saya abang..

Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah..

Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia. Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya. Itulah akhlak Nabi saw..

Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya..

Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan. Hanya Allah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..

Isteri mengandung 9 bulan. Rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya. Hargailah ibu. Hargailah isteri..

Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis. Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.

Begitulah selalunya..


Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit...kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.

Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain...

Laaa itu tinggal. Ini tinggal, apa awak ingat.

Bagi setengah lelaki siap tu siap. Bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah...

Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri. Pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kasih. Di marahnya pula. Ya Allah..

Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang-Ebit Lew.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen