Mudahnya Si Isteri Menuju Syurga Begitu Juga Sebaliknya.

Oleh: Rafi

Kebahagiaan hidup berumah tangga adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah buat mereka yang sudah berkahwin. Suasana mawaddah wa rahmah merupakan idaman bagi pasangan yang hidup bersama setelah akad nikah berlaku. Diantara ciri terpenting dalam kebahagiaan dalam rumah tangga adalah si isteri. Sabda rasulullah,

“Hanyalah dunia ini semata kesenangan. Dan tidak ada kesenangan dunia yang lebih utama daripada seorang istri yang sholihah.” (HR. Ibnu Majah)



Dalam satu riwayat Nabi Daud pernah berkata seorang isteri yang buruk akhlak dan agamanya maka bagi suaminya merupakan satu bebanan berat yang dipikul, manakala isteri yang solehah pula ibaratnya seperti mahkota yang diperbuat daripada emas yang menyenangkan apabila dipandang. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, diceritakan oleh seorang sahabat Hushain bin Mihshan bahawa makciknya pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk suatu keperluan. Setelah urusannya selesai, Nabi pun bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai suami?” Dia menjawab, “Ya.” Beliau bertanya lagi: “Bagaimanakah sikapmu terhadapnya?” Dia menjawab, “Saya tidak pernah mengabaikannya, kecuali terhadap sesuatu yang memang aku tidak sanggup.” Beliau bersabda:

“Perhatikanlah posisimu terhadapnya. Sesungguhnya yang menentukan syurga dan nerakamu terdapat pada (sikapmu terhadap) suamimu.” (HR. Ahmad: 18233)

Jika kita lihat pada hadis diatas, kita dapat memahami bahawa kedudukan syurga atau neraka bagi seorang isteri terletak pada suaminya. Jika seorang isteri taat pada suaminya maka Allah telah menjanjikan syurga baginya. Jika sang isteri derhaka pula pada suaminya maka kelak azab dan seksaan Allah menantinya di akhirat sana. Jadi boleh kita katakan bahawa seorang isteri agak mudah bagi mereka untuk memasuki syurga dengan hanya menjadi isteri yang solehah dan taat pada suaminya (walaupun sebenarnya tak adalah senang sangat)



Dalam hadis yang lain oleh Ahmad, Rasulullah bersabda;

“Apabila seorang isteri melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; ‘Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan’.”

Begitu agungnya hak seorang suami yang ada pada isterinya, sehingga Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda;

“Sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, maka akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya. Sekiranya seorang suami memerintahkan isterinya untuk pindah dari gunung ahmar menuju gunjung aswad, atau dari gunung aswad menuju gunung ahmar, maka ia wajib untuk melakukannya.” (HR. Ibnu Majah)

Diantara hak suami yang perlu isteri pelihara adalah :

Mentaati perintah suami selagi tidak melanggar agama.

Mentarbiah anak-anak.

Memastikan harta benda rumah dijaga sebaiknya.

Tidak mengizinkan orang lain masuk tanpa kebenaran suami.



Berhias dihadapan suami.

Rasulullah memberitakan siapa itu ahli syurga,

“Mahukah aku beritahukan kepada kalian lelaki penghuni syurga? Para Nabi di syurga, orang-orang yang jujur di syurga, orang yang mati syahid di syurga, anak yang baru lahir dan meninggal di syurga, seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di belahan kota, yang dia mengunjunginya kerana Allah di Surga. Dan mahukah aku tunjukkan kepada kalian wanita ahli syurga? Yaitu setiap isteri yang penuh cinta kepada suami serta penyayang kepada anaknya, yang ketika suaminya marah kepadanya ia berkata, ‘inilah tanganku berada ditanganmu, aku tidak boleh tidur memejamkan mata sehingga engkau redha kepadaku.” (HR. Nasai)

Artikel ini jika dibaca oleh golongan yang masih belum berkahwin memang terkadang rasa cemburu seolah-oleh terlalu mudah bagi mereka yang bergelar isteri untuk masuk ke syurga. Tetapi hakikatnya mereka yang bergelar isteri ini lebih memahami tidak semudah yang disangka untuk mendapat redha sang suami.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen