Terlalu Cintakan Duniawi, Membuatkan Ramai Anak Muda Zaman Sekarang Depresi.

Apabila dilihatkan pada zaman sekarang, terlalu mudah anak muda mengalami depresi atau dipanggil kemurungan. Dengan peredaran masa, semakin berkembang maju sesebuah negara, semakin ramai dikalangan kita menjadi murung dan tertekan. Punca utama yang sebenar, berkemungkinan sukarnya seseorang individu untuk mengadaptasi diri dengan dunia yang serba baru.

Namun, masalah ini tidak dilihat sebagai masalah yang spesifik pada zaman Imam Al-Ghazali.

Pada zaman dahulu, dimana dunia masih lagi belum berkembang maju dari segi teknologi, jarang untuk kita lihat mana-mana individu tertekan dengan masalah yang remeh. Ini mungkin kerana tiada perbandingan yang mahu kita lihat, dan hanya fokus pada diri sendiri sahaja.

Dalam bahas arab, tekanan dipanggil daght.

Sungguhpun demikian Al-Ghazali sebenarnya lebih terdahulu membicarakan tentang tekanan meskipun tidak menggunakan istilah daght secara spesifik kerana beliau ada membicarakan tentang penyakit-penyakit hati atau emosi yang dikenalpasti adalah sebenarnya merupakan sebahagian daripada punca tekanan pada masa kini seperti perasaan marah, kecewa, sedih dan seumpamanya.

Selain itu, Al-Ghazali berpendapat, cintakan dunia merupakan salah satu punca tekanan pada masa kini.

Ini kerana menurut al-Ghazali, cintakan dunia boleh menjadi pencetus kepada penyakit-penyakit hati yang lain seperti takabbur, riya’, dengki, buruk sangka, melakukan maksiat, berakhlak buruk dan mengumpul harta (al-Ghazali 2000; 1994; 2006).

Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa tekanan menurut Al-Ghazali adalah berpunca daripada hati yang cintakan dunia serta hati yang mempunyai penyakit. Menyedari bahawa tekanan adalah berpunca daripada pelbagai faktor maka rawatan kepada masalah tekanan juga adalah merujuk kepada puncanya.

Jika tekanan disebabkan oleh terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga tiada masa untuk berehat dan menunaikan kewajipan terhadap keluarga, kaedahnya adalah sama dengan kaedah rawatan penyakit cintakan dunia. Jika tekanan itu disebabkan oleh wujudnya penyakit hati maka kaedahnya adalah dengan mujahadah alnafs.

Saranan Imam Ghazali Dalam Mengatasi Tekanan Dalam Hidup.

Tekanan hadir apabila berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan. Kata Imam Ghazali; pada mengingati kematian itu terdapat pahala dan kelebihan. Bagi orang yang terlalu cintakan dunia, mengingati kematian ada faedah lantaran dia dapat merenggangkan dirinya daripada urusan dunia. Selain itu antara saranan lain yang diberikan bagi mengatasi tekanan hidup adalah seperti di bawah.

  1. Mujahadah Mengawal Nafsu.
  2. Menginsafi Bahawa Kehidupan Di Dunia Ini Sementara.
  3. Memperbanyakkan Zikir.
  4. Bertafakkur.
  5. Memanfaatkan Setiap Perkara Di Dunia Ini Sekadar Keperluan Sahaja.

“Sesiapa yang ada padanya dua sifat ini akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai orang yang bersyukur dan sabar dan sesiapa yang tiada sifat-sifat ini pula tidak akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai orang yang bersyukur dan sabar iaitu sesiapa yang melihat urusan agamanya kepada orang yang lebih tinggi daripadanya maka dia terdorong untuk mencontohinya (mengikutnya), dan sesiapa yang melihat urusan dunianya kepada orang yang lebih rendah daripada dirinya nescaya dia akan mensyukuri nikmat-Nya di atas kelebihannya berbanding orang tersebut maka dicatat Allah sebagai seorang yang sabar lagi bersyukur."

(Hadith riwayat al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab Sifat alQiyamah wa al-Raqa’iq wa al-War‘)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen