Diet Pemakanan Bagi Mereka Yang Menghidap Penyakit Diabetes Dan Darah Tinggi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penyakit darah tinggi dan diabetes bukanlah satu penyakit yang asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dua penyakit ini boleh dikatakan agak terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Ia mampu menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang sudah berumur. Faktor pemakanan yang tidak sihat ini adalah salah satu punca mengapa rakyat Malaysia ini ramai yang menghidap penyakit ini.

Kebanyakan mereka yang menghidap darah tinggi atau kecing manis ini mempunyai dua-dua penyakit ini. Menurut kajian yang telah dibuat, menunjukkan bahawa kira-kira 70% orang yang mempunyai diabetes turut mengalami tekanan darah tinggi.

Punca utama adalah pemakanan jadi, pemakanan yang sihat sedikit sebanyak mampu mengawal penyakit ini menjadi lebih parah lagi. Diet yang baik boleh membantu untuk mengawal pemakanan anda dan menangani keadaan kesihatan ini.



Berikut adalah cara-cara diet pemakanan:

1. Elakkan garam.

Sekiranya seseorang mengalami tekanan darah tinggi, doktor akan mengesyorkan diet yang mengandungi kurang daripada 1500 miligram natrium sehari (tidak lebih daripada satu sudu teh). Elakkan menggunakan garam sebaliknya tambah perasa makanan menggunakan bawang putih, halia, oregano, jintan atau rosemary, dan lain-lain. Makanan daripada restoran mungkin melibatkan penggunaan garam lebih daripada biasa. Oleh itu, luangkan masa untuk memasak di rumah apabila anda mengalami keadaan ini.

                       

2. Tambah bijirin dalam diet.

Makanan dengan bijirin penuh adalah bekalan serat dan nutrien banyak yang dapat mengawal tahap gula darah dan membantu anda kekal kenyang untuk lebih lama. Pastikan anda makan tiga hingga lima bahagian bijirin yang separuh daripadanya adalah bijirin penuh.

3. Amalkan pengambilan pisang.

Pisang kaya dengan potasium yang dapat membantu menguruskan tekanan darah dengan mengurangkan kesan natrium (garam). Melainkan orang yang mempunyai masalah dengan buah pinggang, semua orang yang mempunyai diabetes dan tekanan darah tinggi perlu menambah kalium dalam diet mereka.

                      

4. Hindari alcohol.

Minuman mengandungi alkohol akan meningkatkan paras gula darah. Ia juga boleh membuat orang makan lebih banyak kerana merangsang selera makan mereka.

5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sejumlah besar mineral, vitamin, antioksidan, dan serat. Ramai saintis telah membuktikan bahawa pemakanan sebegini mempunyai kesan ke atas paras gula darah dan mengawal tekanan darah.


6. Kurangkan kebiasaan minum kopi.

Cuba untuk menghadkan jumlah kafein yananda ambil sehari kepada 200 miligram sahaja. Banyak kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan paras gula darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.

                      

7. Berhati-hati dengan lemak.

Mereka yang mengalami kedua-dua keadaan ini harus mengelakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan panggang dan goreng. Mereka juga dinasihatkan untuk mengehadkan lemak tepu yang banyak ditemui dalam potongan daging berlemak kerana lemak ini dapat meningkatkan kolesterol yang membawa kepada masalah jantung. Sebaliknya, banyakkan pengambilan lemak daripada tumbuhan seperti avokado, kacang, minyak zaitun, dan lain-lain.

8. Makan protein rendah lemak.

Sumber protein rendah lemak dapat mengawal tahap gula darah dan membuatkan anda kenyang lebih lama dan menjaga kesihatan jantung.

9. Kawal pemakanan setiap hari.

Kawal diabetes dan hipertensi dengan menulis tabiat makan anda pada komputer riba atau telefon pintar anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen