Yang Masih Single Tu, Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat Dengan 10 Cara Ini.

Daripada stress sebab masih belum bertemu jodoh, apakata anda memperbaiki diri anda dengan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat pada tahun baru ni. Bukan dari segi fizikal sahaja yang memerlukan penjagaan rapi, dari segi emosi dan mental juga anda perlu titikberatkan.

Jom amalkan seperti berikut:

1. Makan Kacang.

Bagi mereka penggemar kacang, tahu tak anda bahawa kekacang adalah antara makanan berisiko rendah untuk anda menghidap penyakit seperti sakit jantung, kanser dan komplikasi pernafasan. Ia bukan sahaja snack yang berkhasiat bagi mereka yang menjaga pemakanan, malah bagus juga untuk minda. Oleh kerana itu, pelajar yang bijak pandai selalu mengamalkan makan kekacang ini.

2. Banyakkan bergerak.

Jika sebelum ini, anda hanya duduk sahaja dipejabat melakukan kerja, malah dirumah hanya terperap menonton televisyen, amalkan banyak bergerak. Bergerak bukan bermaksud anda perlu bersukan setiap hari, cuba bersiar-siar atau berjalan-jalan di taman selepas bekerja. Atau mengemas rumah yang boleh membantu mengurangkan berat badan. Bagi mereka yang gemar shopping juga, ambil masa setengah jam untuk berjalan-jalan di shopping mall.

Asalkan bergerak dam melakukan sedikit senaman ringan.

3. Kekalkan persahabatan.

Menurut kajian, mereka yang mempunyai kualiti hubungan dengan rakan-rakan mampu menjaga jangka hayat yang panjang. Ini kerana kehidupan sosial anda seimbang. Akan tetapi sekiranya ada rakan yang memberi impak negatif pada hidup anda, adalah lebih baik anda tidak bercampur dengan mereka.

4. Berfikiran positif.

Menurut Islam, anda perlu husnudzon dalam apa jua perkara, atau bersangka baik. Ini menunjukkan anda yakin dengan takdir Allah SWT, apa yang telah terjadi dengan anda. Sebagai contoh, anda baru sahaja lepas putus cinta dan cuba untuk move on. Bukanlah anda tidak bersedih, tetapi anda bersangka baik dengan Allah SWT dan cuba mencari hikmah tersembunyi.

5. Bercuti!

Cuba lakukan perkara diluar kebiasaan anda. Jangan lah kerja 24 jam sehinggakan tiada cuti langsung untuk diri anda sendiri. Jika pelajar pun ada cuti sekolah dan sebagainya, inikan pula anda sebagai pekerja. Bercuti mampu mengurangkan stress anda dan melawan sel jahat kanser.

6. Tonton video lucu dan sebagainya.

Si lama sosial banyak sahaja video-video lucu yang anda boleh tonton. Jika bukan video lucu, tonton juga video kegemaran anda seperti melihat keletah kucing. Menonton keletah kucing mampu memperbaiki mood anda dan memberi kesan yang bertenaga.

7. Karoke.

Ramai sahaja dikalangan kita yang gemar menyanyi dan berkaroke. Jadikan aktiviti ini sebagai hiburan anda walaupun dalam kereta sahaja. Ini kerana menyanyi mampu memperbaiki kadar degupan jantung dan juga fungsi imunisasi.

8. Bersikap baik hati dan pemurah.

Bukan sahaja anda perlu berfikiran positif, malah anda juga perlu bersikap positif yang mampu memberi manfaat pada orang ramai terutamanya pada mereka yang kurang berkemampuan. Menolong insan yang dalam kesusahan sebenarnya mampu untuk mendorong anda memperbaiki tahap kesihatan dalaman. Jika anda lihat insan seperti ini tersenyum, secara tidak langsung anda juga menjadi gembira dan bahagia, kan?

9. Jadi pengasuh sementara.

Penat jadi pengasuh, akan tetapi ia sebenarnya antara aktiviti yang membuatkan anda bergerak aktif dan produktif. Anda juga secara tidak langsung menjadi insan yang bersifat cergas seperti keanak-anakkan.

10. Kekalkan jiwa muda!

Bukan sahaja untuk menjadi awet muda, jiwa juga perlulah dikekalkan muda dengan melakukan semua aktiviti di atas. Pasti anda berasa gembira apabila ramai sahaja orang mengatakan wajah dan penampilan anda muda dari usia, kan? Jom kekalkan aura berjiwa muda ini!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen