Nak Kahwin Ni, Buang 8 Tabiat Buruk Anda Yang Boleh Membazirkan Duit.

Dalam sedar tidak sedar sebenarnya banyak sahaja tabiat kita sendiri yang menjurus ke arah pembaziran dan pemborosan. Kita pasti merasakan, ia adalah perkara yang normal untuk melakukan sesuatu perkara kerana ia mendatangkan faedah pada diri sendiri, namun ia sebenarnya tidak mendatangkan faedah pada jangka masa yang panjang.

Oleh kerana itu, ramai sahaja dikalangan kita sering merasakan duit tak cukup nak buat simpanan, malahan untuk berkahwin juga. Apabila tiada siapa yang boleh menyedarkan kita tentang tabiat buruk ini, pasti kita sendiri tiada kesedaran untuk berubah.

Jadi, jom lihat 8 tabiat buruk anda yang menjurus ke arah pembaziran wang, malah tiada simpanan untuk berkahwin:

1. Tiada transaksi automatik.

Apakah yang dimaksudkan dengan transaksi automatik? Transaksi ini dilakukan terus tolak daripada duit gaji anda setiap bulan. Seperti pembayaran balik PTPTN, hutang kereta dan seumpama dengannya. Jika anda lakukan secara manual, pasti ada sahaja yang terkurang bayar atau terlupa untuk bayar.

Malah anda juga tiada simpanan automatik iaitu transaksi berulang (recurrent transaction) untuk mendepositkan simpanan anda pada tarikh yang sama setiap bulan (contohnya, hari gaji dibayar).  Dengan cara ini, anda boleh fokus pada perkara lain, dan yakin simpanan anda akan dilaksanakan setiap bulan.

2. Tidak mempunyai asas menguruskan kewangan.

Ramai sahaja anak muda yang liat untuk menyimpan duit apatah lagi untuk menguruskan perbelanjaan sendiri. Ia sememangnya membosankan kerana tidak mendatangkan keseronokan, NAMUN IA MENDATANGKAN FAEDAH dalam jangka masa yang panjang. Jika hanya memikirkan keseronokan sahaja, takut anda yang merana kelak. Jadi, hati-hati.

Siapa kata menyimpan wang tidak menyeronokkan? Jika anda bijak merekodkan perbelanjaan, pasti anda akan memanfaatkan beberapa perkara.

3. Tidak Menabung untuk Hiburan.

Hiburan anda hanya jangka masa pendek, dan bukan untuk jangka masa yang panjang. Amalkan menabung untuk hiburan anda seperti melancong atau membeli sesuatu yang bakal memberikan manfaat yang berganda. Sediakan tabung untuk hiburan untuk jangka masa yang panjang supaya tidak menggunakan duit simpanan.

Jangan terlalu kerap habiskan duit setiap bulan untuk hiburan yang tidak memberikan manfaat.]

4. Suka tangguh nak bayar hutang.

Inilah sikap anak muda zaman sekarang, terlalu suka menangguh membayar hutang. Jika anda kerap menangguh bayar hutang, ini akan menyebabkan hutang anda bertambah dan berlipat ganda. Makin lama anda lihat jumlah yang makin banyak, makin malas untuk anda membayar hutang. Bayarlah secara konsisten supaya tidak kena blacklist!

5. Membuang barang yang masih boleh diguna pakai.

Apabila terlalu selesa dengan keadaan begini, dimana lihat sahaja barang yang sudah tersadai lama, pasti ingin dibuang sahaja. Jangan! Tidak semestinya barang yang lama tidak boleh dikitar semula. Jadi, cuba untuk kenalpasti barang yang boleh diguna pakai lagi, malah jangan simpan terlalu lama sehingga tidak berfungsi kerana anda boleh jual balik barangan tersebut dengan harga yang murah pada mana-mana laman web seperti carousel, mudah dan seumpama dengannya.

6. Malas membandingkan harga.

Berbelanja dengan berlagak, itu lah anda kerana malas nak buat perbandingan harga. Asal ada duit, beli sahaja barang yang anda mahu. Apa kata bandingkan harga terlebih dahulu sebelum membeli. Bandingkan harga dengan kedai yang lain atau jenama yang lain.

7. Tidak menjaga maintenance kereta.

Anda sering service kereta dengan tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jika anda kerap lakukan perkara ini, ia akan menyebabkan barang dalam kereta tersebut lama-kelamaan akan rosak, dan kos untuk membaiki adalah tinggi. Jagalah prestasi kereta anda.

8. Tidak menjaga kesihatan.

Kenapa kalau tak jaga kesihatan, boleh membazikan duit? Sama juga seperti service kereta, lama-lama barang yang rosak susah nak cari ganti, dan kos yang semakin tinggi. Jika anda tidak menjaga kesihatan, lama-lama kerosakan organ dalaman akan menyebabkan anda perlukan rawatan yang tinggi. Sudahlah tidak mempunyai perlindungan takaful, malas nak jaga kesihatan pula. Memang membazir wang!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen