Lelaki Yang Susah Dapat Jodoh, Disarankan Tidur Cukup. Ini Kerana...

Susah memberi tumpuan, cepat letih dan emosi tidak stabil adalah kesan daripada kurang tidur yang paling umum dirasakan oleh sesiapa saja. Namun, khusus untuk kaum lelaki kesan kurang tidur boleh memberikan kesan yang lebih serius iaitu susah mendapatkan jodoh.



Efek kurang tidur yang lain seperti peningkatan risiko serangan jantung dan diabetes mungkin boleh mematikan. Namun jangan dianggap remeh, susah dapat jodoh juga boleh menyebabkan depresi dan dalam banyak kes boleh menyebabkan kepada kecenderungan bunuh diri.

Hubungan antara kurang tidur dengan kesukaran untuk mendapatkan jodoh terungkap dalam sebuah kajian di Stockholm University. Kajian yang dipimpin oleh John Axelsson, PhD tersebut melibatkan 25 orang lelaki dewasa yang dikategorikan sihat.

Semua lelaki yang menjadi bahan ujikaji dalam kajian ini diambil gambar mereka sebanyak 2 kali. Pengambilan pertama dilakukan setelah tidur malam selama 7-8 jam dan pengambilan gambar berikutnya dilakukan setelah hanya tidur malam selama 4 jam.



Gambar-gambar tersebut kemudiannya ditunjukkan kepada 40 wanita yang tidak pernah mengenal semua lalaki yang diuji ini. Semua wanita ini juga menjadi juri yang akan menilai gambar mana saja yang menarik dan mana yang tidak menarik.

Hasilnya seperti yang dinyatakan, iaitu wajah-wajah lelaki mengantuk yang hanya tidur selama 4 jam kebanyakkannya masuk di dalam kategori tidak menarik. Sebahagian besar atau hampir semua gambar yang masukdi dalam kategori menarik adalah gambar-gambar yang diambil setelah tidur 7-8 jam.

"Salah satu faktornya adalah, orang yang mengantuk atau keletihan tidak akan nampak menarik. Dan kerana daya penarik adalah pemicu awal dari perilaku seksual, maka wanita cenderung akan menjauhi mereka yang mengantuk," kata Dr Axelsson.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen