Sebagai Suri Rumah, Jadikan Personal Shopper Sebagai Kerjaya Anda Dengan Mengikuti Tips Ini.

Personal shopper adalah kerjaya dimana anda menyediakan perkhidmatan untuk membeli belah pada mereka yang tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu produk. Jadi disini, anda bukan sahaja perlu ada basic knowledge tentang sesuatu produk tersebut, malah anda juga perlu rajin shopping.

Siapa sahaja yang tak rajin shopping, kan? Namun, kalau rajin shopping pun, tapi tak rajin ambil tahu tentang sesuatu produk, pasti anda mudah kecewa. Jadi, kepada para isteri yang mahu menjana pendapatan di samping berseronok, jom ikuti tips ini…

1. Bijak pilih kategori mengikut minat anda.

Pilih kategori yang anda rasakan sesuai (perabot, fesyen, gajet elektronik), dan  reka platform untuk memasarkan khidmat anda (laman web, akaun media sosial). Pilih juga kategori dan produk yang memiliki permintaan yang tinggi!

2. Sertai syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Anda boleh mencari syarikat yang menawarkan kerjaya pembeli peribadi professional sepenuh masa. Hantar resume ke syarikat-syarikat seperti Helpr.my, HonestBee, atau HappyFresh Malaysia dan jadi pembeli peribadi dalam kategori yang anda gemari.

3. Pekerjaan sambilan sewaktu melancong.

Anda merancang untuk melancong ke luar negara? Ambil peluang untuk membuat pendapatan sampingan! Buat kajian mengenai produk negara tersebut yang popular di Malaysia ataupun jenama-jenama antarabangsa yang dijual murah (biasanya aksesori dan pakaian). Awasi cukai import yang tinggi!

Jika anda merancang untuk lebih maju dalam industri ini dan mengembangkan perniagaan anda, seperti yang dilakukan oleh ShopandBox, anda boleh mohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah berpatutan untuk memulakan langkah pertama kearah menjadi pembeli peribadi terkemuka di pasaran!

BERAPA BAYARAN YANG DITERIMA?

Menurut beberapa pakar, ia bergantung kepada perkhidmatan yang anda tawarkan, sama ada secara sambilan atau sepenuh masa mengatakan bayaran bagi perkhidmatan pembeli peribadi berbeza dari satu kategori produk ke ketegori yang lain.

  • Untuk pembeli peribadi sepenuh masa yang bekerja dengan syarikat, gaji permulaan (untuk pekerja tanpa pengalaman) adalah dari RM1,500 – RM2,500 sebulan.
  • Sesetengah syarikat dan startup turut menawarkan peluang pekerjaan pembeli peribadi secara sambilan, terutamanya kepada suri rumah dan pelajar. Bayaran yang diberikan sekitar RM15 – RM25 satu jam.
  • Bagi pembeli peribadi perseorangan pula, bayaran yang bakal diterima bergantung kepada kemahiran untuk berunding dengan pelanggan serta reputasi perkhidmatan. Setakat ini, belum ada lagi maklumat mengenai kadar bayaran semasa untuk pembeli peribadi.
  • Tetapi, Helpr.my mengenakan caj perkhidmatan antara 8% – 12% dari harga barang kepada pelanggan. Jika anda berhasrat untuk menjadi pembeli peribadi, kadar ini boleh dijadikan sebagai rujukan.

Oleh itu, sebagai panduan untuk memulakan kerjaya ini adalah dengan mengutamakan:

  • Rekaan katalog perkhidmatan untuk menarik pelanggan.
  • Menawarkan caj yang berpatutan.

Malah, pembeli peribadi juga perlu mengkaji caj yang sesuai bagi menanggung kos operasi dan pada masa yang sama akan menarik pelanggan. Jumlah belian minima dan caj perkhidmatan perlu dihuraikan dengan jelas agar pelanggan merasakan perkhidmatan anda berbaloi untuk digunakan.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen