Tips Untuk Selesaikan Hutang Sebelum Berkahwin.

Jangan biasakan diri dengan berhutang kerana ia tidak menyelesaikan masalah anda pun, terutamanya bagi mereka yang mahu berkahwin. Didik diri untuk mencari solusi menjana pendapatan dan elakkan perbelanjaan yang berlebihan.

Jika anda dapat mendidik diri untuk tidak berhutang, ia juga dapat mendidik anda untuk merancang kewangan setelah berkahwin demi mengelakkan kewangan negatif. Dimana duit gaji anda tidak mampu untuk menampung hutang anda.

Malah, ia juga dapat mendidik anak-anak anda kelak supaya jimat berbelanja dan elakkan berhutang. Jadi, bagaimana untuk selesaikan hutang secara perlahan-lahan sebelum berkahwin, supaya ia tidak memudaratkan diri anda selepas berkahwin?

Jom ikuti tips ini:

1. Cuba bayar hutang tertinggi terlebih dahulu.

Sekiranya anda memiliki wang lebih, anda pasti terfikir-fikir untuk melabur dahulu, atau pun menyimpan wang tersebut. Namun, pernahkah anda terfikir untuk menyelesaikan hutang anda terdahulu sebelum menyimpan atau melabur?

Jika anda tidak cuba menyelesaikan masalah hutang tinggi ini seperti pinjaman (loan) ia akan menjejaskan kewangan anda pada masa hadapan berbanding pulangan yang anda dapat dari akaun simpanan.

Seperti pinjaman PTPTN, pasti anda tahu sekiranya anda membayar dengan mengikuti kaedah yang disediakan, pasti akan mendapat rebate atau diskaun. Jadi, anda sudah jimat disitu.

2. Bayar lebih dari bayaran minimum.

Dengan membuat bayaran lebih juga, ia secara tidak langsung memudahkan diri anda pada masa hadapan. Elakkan daripada membuat bayaran minimum, kerana ia menggalakkan anda untuk berbelanja lebih pula. Ingat, bayar hutang dulu ye!

3. Hentikan penggunaan kad kredit buat sementara waktu.

Sekiranya anda memiliki kad kredit, hentikan perlahan-lahan penggunaan kad kredit untuk keseronokan anda. Malah buatlah bayaran yang lebih untuk kad kredit anda juga, sehingga tiada hutang. Kemudian, BERHENTI! Hentikan daripada mengguna kad kredit secara berlebihan dan menambah komitmen yang lain pula.

Di samping itu, gunakan kad kredit untuk kecemasan dan waktu-waktu tertentu sahaja.

4. Tambahkan pendapatan anda.

Secara tipikal, inilah kaedah yang sebenarnya dapat membantu anda untuk menyelesaikan hutang anda secara perlahan-lahan. Menambah pendapatan, Insya Allah akan membantu anda untuk selesaikan hutang. Ramai diantara kita fikir untuk mencari kerja yang bergaji tinggi supaya dapat melangsaikan hutang, namun ramai yang gagal kerana tidak mempunyai perancangan yang baik.

Gaji banyak, tapi boros pun tak guna juga.

Gaji banyak, tapi malas rancang kewangan pun tak guna juga.

Paling utama adalah rajin dan berdisiplin mencari rezeki seperti membuat kerja sambilan kerana ia lebih fleksibel. Dengan cara ini, hutang anda akan lebih cepat dan mudah untuk dilangsaikan.

5. Tahu nisbah dan kemampuan untuk anda membayar hutang.

Untuk pengetahuan anda, nisbah khidmat hutang yang disyorkan ialah pada 30% untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada satu pertiga dari pendapatan anda untuk membayar hutang.

Sebagai contoh anda memiliki pendapatan sebanyak RM5000 sebulan, dengan komitmen kewangan seperti di bawah:

  • Pinjaman kereta: RM600 sebulan
  • Bayaran insurans: RM200 sebulan

Berdasarkan komitmen tersebut, nisbah khidmat hutang anda ialah:

(RM800/RM 5000) x 100 = 16%

Dengan nisbah khidmat hutang 16%, jika anda ingin memohon pinjaman yang lain, anda perlu memastikan bayaran bulanan pinjaman tersebut akan tidak melebihi lagi RM700 (berdasarkan saranan nisbah khidmat hutang yang tidak patut melebihi 30%).

Jelas sekali pada kadar gaji yang anda terima, tidak boleh mengambil lagi pinjaman kerana kebarangkalian dia akan melebihi nisbah khidmat hutang dan kemampuannya. Jika tidak sebahagian besar gaji anda hanya untuk membayar hutang sahaja, bagaimana untuk agihan duit kahwin pula?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen