6 Sebab Anda Tidak Digalakkan Memberi Pinjam Duit Pada Rakan Yang Mahu Berkahwin.

Pada masa kini, ramai sahaja anak muda yang mahu berkahwin tetapi kesempitan dari segi kewangan. Ada sahaja daripada mereka sanggup meminjam duit daripada ahli keluarga, sahabat atau paling parah loan daripada bank. Namun, disebabkan tidak ingin menjejaskan hidup pada jangka masa yang panjang, antara mereka sanggup meminjam duit daripada sahabat handai.

Anda sebagai sahabat atau rakan pada mereka yang mahu berkahwin, pasti berasa simpati terhadap situasi mereka bukan? Terutamanya pada sahabat yang anda sudah anggap seperti keluarga sendiri. Walaupun sahabat tersebut sudah dianggap seperti keluarga, adakah anda perlu memberi pinjam duit kepada mereka?

Cuba elakkan untuk memberi atau meminjam duit kepada mereka, ini kerana…

1. Anda tidak menolong mereka sebenarnya.

Apabila anda berada dalam situasi dimana sahabat baik anda memerlukan pertolongan dari segi kewangan terutamanya tentang perkahwinan atau pernikahan, sebolehnya elakkan memberi pinjam duit. Ini kerana anda sebenarnya tidak menolong mereka untuk berusaha mencari duit, lebih-lebih lagi tentang kahwin.

Malah, anda sebenarnya tidak menyelesaikan masalah mereka berkaitan dengan hal ini. Ini membuatkan mereka akan berasa, meminjam duit itu sebenarnya mudah kerana ada orang bersimpati. Jika sebelum kahwin pun, mereka asyik meminjam, tidak hairan sekiranya setelah berkahwin mereka akan masih mengejar anda untuk meminjam wang.

2. Anda lagi menggalakkan mereka untuk meminjam.

Selagi anda tidak menolong mereka untuk memberi solusi pada setiap masalah, ia akan menggalakkan mereka untuk lebih meminjam pada masa hadapan. Malah anda akan menggalakkan mereka untuk tidak berhenti daripada tabiat buruk yang lain seperti berbelanja melebihi kemampuan.

Jadi, disini mereka seolah-olah tidak mengukur baju pada tubuh sendiri. Mahu perkahwinan yang gah, sanggup pula meminjam wang daripada rakan, tidak masuk akal!

3. Sukar untuk menuntut hutang.

Kebiasaannya, apabila kita memberi pinjam wang kepada sahabat pasti sukar untuk mereka membuat bayaran balik. Jadi, anda perlu bersedia fizikal dan mental untuk menagih simpati seperti orang yang meminta derma. Disebabkan anda sudah menganggap mereka seperti ahli keluarga, ini yang membuatkan mereka mengambil ringan untuk membayar hutang anda kembali. Hati-hati!

4. Duit boleh mengubah sikap individu.

Di samping itu, dengan anggapan sebagai ahli keluarga, apabila anda memerlukan wang tersebut, pasti anda akan berasa janggal. Dimana, anda takut mengguriskan perasaan mereka jika mereka masih tidak berkemampuan untuk membayar balik. Jadi, disini lama-kelamaan ia akan mengubah sikap sahabat anda.

“Alahhh, kita dah macam adik-beradikkan, kau pun tau keadaan aku macam mana…”

Secara tidak langsung, situasi ini akan menjadi janggal. Akhirnya anda pasti berasa tidak puas hati.

5. Akan mendorong mereka meminjam dalam jumlah yang lebih besar.

Apabila sudah dimulakan dengan tidak memberi pertolongan yang jelas dan betul, maka anda mendorong mereka untuk kerap meminjam, lalu lama-kelamaan mereka merasakan anda mampu untuk memberi pinjam jumlah wang yang besar. Disini sebenarnya anda telah dimanipulasikan oleh mereka dalam secara tidak sedar.

Teknik ini dipanggil sebagai ‘Foot-in-the-door’, dimana anda telah mematuhi segala pelaksaan sahabat anda. Mula-mula nak pinjam sikit je. Lama-lama makin banyak pula mereka mahu meminjam. Seperti pukau pun ada juga.

6. Anda mungkin lebih memerlukan duit tersebut.

Anda sendiri pun tahu bahawa duit yang anda simpan tersebut adalah untuk keadaan dan masa yang tidak terjangka seperti hal kecemasan. Tiada siapa dapat menjangka masa depan, tiada siapa dapat mengagak apakah akan terjadi pada hidup mereka pada esok hari.

Jadi, sekiranya duit kecemasan tersebut yang anda memberi pinjam pada sahabat anda yang mahu berkahwin, kemudian secara tiba-tiba terjadi pula hal kecemasan seperti kemalangan, diberhentikan kerja dan seumpama dengannya, bagaimana anda mahu mengendalikan urusan seperti ini?

Sahabat anda pula sukar untuk tuntut hutang, lagi lah parah. Oleh sebab itu, memberi pinjam wang kepada rakan adalah tidak digalakkan. Disebalik hanya memberi pinjam wang sahaja, apa kata memberi solusi yang lebih menarik seperti melakukan kerja sampingan bersama, bisnes online bersama.

Bersama-sama menjana pendapatan. Bukan menghabiskan perbelanjaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen